Berita Harian: Mutakhir

Thursday, June 16, 2011

Hikmah Di Sebalik Laman Web Kerajaan Di Godam.

Sebenarnya da kebaikan juga laman2 web kerajaan di godam. Ini akan membuatkan atau menjadikan pihak kerajaan lebih perihatin dengan keselamatan internet. Kerajaan juga harus sedar betapa pentingnya internet dan orang2 yang di gelar HACKER ini. Kerajaan sepatutnya mendapatkan khidmat HACKER2 dari Malaysia untuk menguji keselamatan portal2 mereka.

Jangan harap cantek je. Banyak antara webmaster2 portal2 kerajaan ini MENCEDUK @ CIPLAK code2 dari source code CMS2 percuma yang banyak di internet sekarang. Ubah sana sikit sini sikit, letak hakcipta mereka.

Isu keselamatan internet jangan di pandang ringan, banyak maklumat2 yang penting di masukkan oleh pengguna di portal2 tersebut, jadi kerajaan WAJIB mengambil langkah lebih sirius mengenai keselamatan internet ini.

Pihak kerajaan perlu mengenal pasti hackers2 topi kelabu di dalam atau luar negara untuk menguji @ menggodam laman2 kerajaan sebelum ia di publish kan. hackers topi kelabu @ Grey Hat Hackers ini akan memberi maklumat kepada kerajaan di mana kelemahan2 laman yang mereka uji.

Kerajaan perlu membaut langkah segera, jika tidak kita akan di malukan lagi dan lagi dan lagi. Dan untuk hackers2 dalam negara, kut2 ada yg terbaca tulisan aku ni, tolonglah menjaga maruah negara kita dengan bekerjasama dengan kerajaan untuk mempertingkatkan taraf keselamatan laman2 web kita. Korang boleh menjadi WIRA NEGARA di alam cyber! Dan kerajaan harus mengiktiraf mereka2 ini.

Yang Ikhlas,