Berita Harian: Mutakhir

Monday, July 4, 2011

Yang Di Pertuan Agong Sudah Bertitah, Tolong Jangan Menderhaka.


Apa lagi yg kita sebagai orang Melayu ada di negara ini. Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Negara sudah bertitah agar perhimpunan Bersih di batalkan. Sekarang kita lihat pulak bagaimana reaksi pihak penganjur dan Pakatan Rakyat, adakah mereka akur atau menderhaka.

D.S. Najib juga telah mengumumkan kerajaan akan membenarkan perhimpunan di buat di dalam stadium, sekali lagi mari kita lihat tindakan Bersih. Mari kita lihat apa agenda sebenar di sebalik perhimpunan ini. Jika setakat nak serah memorandum, dalam stadium juga boleh membuktikan yang anda ada ramai penyokong. Apa yg menyebabkan mereka mahu berdemo di jalan raya? Nak buat provokasi kat PDRM?

Yang perlu kita semua akui ialah, kita ini manusia, dan sistem serta undang2 yang di buat dan di reka oleh manusia itu sendiri mana mungkin akan sempurna. Tak kira lah siapa memerntah, Bn ke atau PR, tak mungkin akan sempurna. Begitu juga dengan sistem undi, mana mungkin sempurna, yang patut mereka buat ialah duduk berbincang untuk memperbaiki sistem tersebut. SPR juga perlu kecikkan kepala tu, jgn besar sgt, dan mendengar serta membaiki sistem undi negara.

Kita duduk di negara yg demokrasi dan aman damai dan berbilang kaum. Tiada satu pun negara di dunia yang begitu unik seperti negara kita. Jika kita sama2 boleh berbincang dengan cara dan adap acuan kita, percayalah kita akan kekal aman di sini. Acuan di timur tengah tidak sesuai untuk kita. Sedangkan rakyat kita yang ke Mekah menunaikan haji pun sering mengatakan orang2 Arab ini sangat kasar. Itu budaya mereka. Adakah kita mahu menerapkan budaya kasar itu ke negara kita dan anak2 kita?

Hentikanlah perhimpunan jalanan ini, jangan Menderhaka. Jika Ketua Negara korang tak leh nak hormati macam mana korang nak hormati rakyat jelata ni. Jika Ketua Negara korang tak takut, apa pulak rakyat biasa ni.

DAULAT TUANKU!

Yang Ikhlas,