Berita Harian: Mutakhir

Friday, February 20, 2009

Apa Terjadi Di Perak ...


Kekecohan melanda Negeri Perak tak habis-habis sejak Barisan Nisonal kalah pada pilihanraya umum lepas! Tapi apa kata kita mengenang kembali apa yang berlaku dengan hati dan fikiran yang terbuka. Pada yang tengah berdiri tu, sila duduk. Relek dan cuba baca apa yang aku nak cakap nih.

Sebelum itu kita semua kenal akan Tuanku Sultan Perak dan Tuanku Raja Muda Sultan Perak. Kita tahu serba sedikit latarbelakang kedua-dua Kerabat di Raja ini. Sultan Azlan Shah merupakan bekas Ketua Hakim Negara sebelum Tuanku di Tabalkan sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan. Raja Muada Perak, Raja Dr Nazrin Shah pula seorang lepasan Sarjana Kedoktoran dari Universiti Harvard. Suka atau tidak, kita perlu akur tentang pengetahuan dan pengalaman luas Tuanku Kedua.

Selepas Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan baru di Negeri Perak ini tahun lepas, maka bermulalah era baru dalam pemerintahan negeri ini. Walaupun dengan  majoriti yang sedikit, tetapi Barizan Nasional akur dengan keputusan yang Rakyat Perak telah buat semasa pilihanraya umum yang lepas. Maka dalam masa yang sama  bermulalah pelbagai isu mulai tarikh tersebut. Isu pertama, ialah isu perlantikan Menteri Besar Perak. DAP mahu wakil rakyat mereka iaitu YB Ngeh menjadi MB Perak kerana  DAP memegang majoriti kerusi di antara Pakatan Rakyat. Isu nya undang-undang tubuh negeri, tak sama seperti di Pulau Pinang, di sini Menteri Besar WAJIB dari kalangan  Orang Melayu yang beragama ISLAM. Maka PAS dengan ini mencadangkan IR NIZAR menjadi MB. Tetapi pada awalnya, DAP dan PKR tidak setuju dengan cadangan ini  kerana PAS hanya mempunyai kerusi ADUN terkecil di dalam PR di Negeri Perak. Maka Lim Kit Siang mengeluarkan bantahan dan mahu semua YB dari DAP memboikot  majlis perlantikan IR NIZAR sebagai MB PERAK yang baru. Isu DERHAKA itu telah menyebabkan kemarahan di kalangan Rakyat Perak termasuk dari Barisan Nasional sendiri.  Raja Dr Nazrin Shah dengan kebijaksanaan nya mengarahkan agar Pakatan Rakyat mendapatkan semua tandatangan dari ADUN PR yang menyatakan persetujuan melantik  IR NIZAR sebagai MB Perak atau tiada perlantikan akan di buat. Dengan syarat itu, untuk menikmati kuasa memerintah maka semua ADUN PR di  Perak bersetuju untuk  melantik IR NIZAR sebagai wakil mereka sebagai MB Perak.

Selepas perlantikan tersebut, banyak isu-isu berkenaan keputusan kontroversi NIZAR sebagai MB yang amat mengguris hati orang-orang Melayu seperti pemberian tanah  hak milik kekal kepada semua Kg Baru di negeri ini, pemberian tanah komesial kepada Sekolah Aliran Cina untuk di usahakan bagi mendapatkan wang membiayai sekolah  mereka dan terbaru pembelian kereta CAMRY untuk kegunaan ahli EXCO negeri. Tidak ada campurtangan dari Istana sepanjang 10 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat.  Mereka bebas membuat keputusan dan BN akur dengan apa sahaja keputusan mereka kerana kekurangan kerusi untuk membantah.

Tak berapa lama kemudian, 2 ADUN @ EXCO PR telah di hadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah. Semua media PR mengatakan ini mainan BN dalam usaha  mendapatkan kembali pemerintahan negeri. Belum pun isu itu selesai, tiba-tiba isu lompat-melompat yang di  mulakan oleh ANWAR IBRAHIM bermula di Perak. ADUN BN di  Bota melompat masuk ke PR! Wah bukan main seronok! Semua akhbar dan media PR sebuk menayangkan hal ini. BN pada masa itu akur dengan keputusan ADUN tersebut  untuk melompat ke PR. Kita hanya melihat keseronokan mereka, tanpa boleh berbuat apa-apa. Tak lama selepas itu, 4 orang ADUN dari PR pula melompat ke BN termasuk  ADUN Bota yang baru saja melompat ke PR. Satu tamparan dan sepakan hebat kepada Pakatan Rakyat! Secara automatik Barisan Nasional kini mendapat majoriti kerusi  ADUN di Perak dan layak membentuk semula Kerajaan BN. Sekali lagi media PR heboh mengatakan ini mainan kotor politik BN. Walau apa pun tuduhan mereka, BN kini  memiliki majoriti di Perak.

NIZAR dengan cepatnya sebagai jalan terakhir mempertahankan kerajaannya memohon kepada TUANKU SULTAN PERAK untuk membubarkan ADUN Negeri Perak agar  pilihanraya ADUN di jalankan semula! Wahhhhh! senangnya, di sini anda perlu berfikir sejenak. Letakkan anda di tempat Paduka Sultan Perak, semasa ADUN BN melompat  seperti katak masuk ke PR, takder masaalah yang di timbulkan kepada Paduka Tuanku baik dari PR mahupun BN. PR semestinya tak membantah atau mengutuk perbuatan  melompat tersebut kerana keputusan tersebut memihak kepada PR, tapi sekarang bila ADUN PR melompat ke BN, NIZAR mahu membubarkan ADUN. Tuanku bukan  calang-calang Raja, seperti yang saya katakan tadi, beliau amat arif dalam bidang perundangan dan pemerintahan negeri yang di perintahnya sejak 20 tahun dahulu!  Kenapa perlu membubarkan ADUN sedangkan telah nyata majoriti ADUN di Perak sekarang di punyai oleh BN? Adakah perlu Tuanku menghabiskan wang rakyat, masa dan  lain-lain lagi untuk mengadakan semula pilihanraya apabila segala nya telah nyata, MAJORITI ADUN BERPIHAK KEPADA BARISAN NASIONAL!

Tuanku membuat keputusan dengan bijaksana, rasional dan dengan itu Tuanku menolak permohonan Nizar untuk membubarkan ADUN di Perak. Maka bermulalah  pemberontakan dan penderhakaan dari pihak Pakatan Rakyat yang berkeras mahu pilhanraya di adakan. Kenapa PR tak boleh terima keputusan ini sepertimana BN  menerima kekalahan mereka di pilihanraya umum yang lepas. Yang lebih memeritkan hati orang-orang Melayu, apa bila Nizar sendiri menderhaka kepada Tuanku dengan  mengatakan Perlantikan MB Zambry tidak sah. Secara terang beliau menderhaka perintah Tuanku dan telah memboikot majlis perlantikan tersebut. Pemberontakan dari PR  terutama PAS memumcak semasa majlis perlantikan MB baru di lakukan di Istana Kuala Kangsar.

Sehingga kini PR masih belum boleh menerima hakikat kejatuhan kerajaan mereka dengan pelbagai masaalah di timbulkan di negeri ini semata-mata hendak membuat  tekanan kepada kerajaan BN yang baru. Adakah korang fikir wajar Pakatan Rakyat membuat huru hara di Perak? PR juga mengganggu perjalanan tugas2 MB yang baru dan  yg terbaru speaker dewan SIVAKUMAR mengantung Zambry dan semua EXCO dari dewan selama 18 dan 12 bulan. Apa tujuan pergantungan itu? Tak lain ialah untuk  mengelakkan speaker di pecat. Itu sahaja yang ada pada PR dalam masa ini. Tetapi kita tunggu sahaja pihak berkuasa mengkaji hak dan peraturan dewan berkaitan  keputusan speaker tersebut. Apa pun wahai kawan-kawan ku, tidakkah anda fikir Pakatan Rakyat bertindak melampau? Adakah berbaloi untuk PR bertindak sedemikian  hanya kerana kuasa dunia? Apa salahnya, jika anda terasa keputusan tersebut tidak adil, kenapa tidak bekerja keras untuk rakyat supaya rakyat nampak kebaikan anda dan  saya yakin anda akan dapat kembali negeri ini jika anda di pihak yang benar. Behitu juga dengan Barisan Nasional, mulalah bekerja untuk rakyat, kita tak perlu gusar dengan  pilihanraya umum akan datang, buat yang terbaik! Rakyat akan buka mata dan memihak kepada kita jika kita bekerja keras dan memajukan kawasan masing-masing.

Untuk semua ADUN BN dan PR, marilah mulakan kerja! Sampai bila hendak berpolitik! Kami rakyat Perak mahukan pembangunan bukan mahukan drama-drama yang dah  muak kami lihat! Kami ada anak bini yang perlu di beri makan, pakai dan tempat tinggal. Janganlah di sebabkan kuasa yang korang gilakan kami yang jadi mangsa! Akhir  kata, saya doakan MB DR ZAMBRY dapat menjalankan tugas dengan baik demi masa depan negara dan Negeri Perak khasnya. Aminnn ...