Berita Harian: Mutakhir

Friday, February 20, 2009

PAS Jom Join UMNO !?!?!?

Aku ada terbaca cadangan yang agak menarik ni di blog-blog seperti PerakBangkit dan lain-lain. Satu pendekatan yang baik demi menyatupadukan orang2 Melayu. Tetapi pada aku, ini sesuatu yang boleh aku katakan agak IMPOSSIBLE @ TIDAK MUNGKIN akan berlaku. Bukan aku menentang cadangan ini tapi kita sendiri boleh lihat dan baca apa yang budak2 PR tulis pada komen2 mereka tentang tajuk ini. Aku tak nampak 1 komen pun dari mereka yang setuju dengan cadangan nih. Sebaliknya mereka mentertawakan, mereka suruh UMNO masuk PAS dan macam2 cadangan lagi.

Barisan Nasional perlu amat berhati-hati dengan perkara ini, sebab kita tahu bagaimana pemimpin2 mereka ini berkerja. Cara mereka begitu lain dari UMNO. Walaupun mereka kata mereka sebuah parti yang memperjuangkan ISLAM, tetapi apa yang mata aku nampak ialah mereka lebih GILERKAN KUASA DUNIA dan pada aku lebih teruk dari Parti Komponen BN, DAP mahupun PKR sendiri. Mereka menggunakan ISLAM sebagai tembok perjuangan menakluk KUASA DUNIA! DAP pun tak menggunakan AGAMA BUDHA atau CRISTIAN dalam politik mereka.

Bukan maksud aku tutup terus pintu kepada PAS, sedangkan kita boleh menerima Parti Gerakan dan Semangat 46 kedalam Barisan Nasional. Tapi perlu hati2. Dan perkara ini perlu perbincangan yang agresif supaya masing2 paham matlamat dan tujuan penyatuan ini. Bukan main ajak je. Ini bukan politik kedai kopi, ini melibat 2 parti yang besar dan berbeza perjuangan nya dan bermusuh sejak dulu lagi. Tak semudah itu untuk menjemput mereka ke dalam UMNO danmereka juga takkan mudah menerima jemputan UMNO. Mereka juga ada maruah dan mereka juga perlu menunjukkan kepada anak buah mereka yang mereka ini TEGUH dengan pendirian yang telah di buat, iaitu menentang UMNO habis-habisan!

Jadi sebelum Datuk Mukhriz dan lain-lain kawan blog semua bukak topik cam ni, aku rasa baik fikir dulu. Ia hanya akan jadi satu point kepada PAS dan sekutunya yang mungkin akan menggunakan ini sebagai senjata mereka. Mereka boleh mengatakan UMNO terdesak dan amat memerlukan sokongan PAS untuk terus berkuasa. Kita tak mahu perbuatan baik kita di salah guna oleh Pakatan Rakyat. Ini pandangan aku. Ingat kata orang tua2 ...

BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI!