Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, April 22, 2009

Kita WAJIB Jadi Busybody!

Aku baca lah satu tulisan dari Perisik-Rakyat. YA ALLAH! Memang aku pernah tengok video budak2 kene dera nih, tapi semalam aku tengok, eeee SIRIUS beb! Aku tak tengok habis pun! Tak sampai hati! Mungkin budak tu masih bernasib baik sebab ibubapa dia pasang CCTV kat rumah. Jadi mungkin penderaan tu dapat di tumpaskan dengan segera. Bagaimana pulak dengan yang tak pasang CCTV di rumah? Uish! Aku kesian giler tgk video tu, dan rasa geram sebab tak daya nak buat apa2. Jadi aku saja nak tulis pasal masaalah ni.

Aku cari2 maka terjumpa lah statistik penderaan kanak-kanak yang berlaku di Malaysia yang kita cintai ini. Lihat gambar di atas nih, pada tahun 2007 ada 2,279 kes penderaan kanak-kanak berlaku di negara kita! Maknanya dalam setiap jam berlaku lebih kurang 94 kes penderaan kanak-kanak! Sedang kita semua seronok maki hamun sesama kita di internet nih, 94 kanak-kanak sedang di dera! Ini di Malaysia! Negara yang kita cintai! Negara yang rakyatnya terkenal dengan kelembutan dan adap sopan santun! Negara yang majoriti rakyatnya beragama ISLAM! Apa dah jadi pada kita semua! Ya ALLAH!

Lihat pula gambar di atas nih. Statistik menunjukkan kanak-kanak yang Di Abaikan (di biar tanpa jagaan), Fizikal (di pukul) dan Seksual (Rogol, cabul dll) yang paling banyak berlaku kepada kanak-kanak mangsa dera ini! Ya ALLAH Ya Tuhanku, kau lindungilah kanak-kanak seluruh dunia ini dari kekejaman ini Ya ALLAH!

Sekarang ni, yang paling mengejutkan. Lihat carta di atas. IBU BAPA KANAK-KANAK ITU SENDIRI merupakan orang yang paling banyak melakukan penderaan terhadap anak mereka sendiri! Huh! Aku hairan! Aku Bengang! Kenapa ada org jenis macam ni? Sedangkan binatang sayangkan anak nya. Apa dah jadi pada kita semua? Adakah kita telah merendahkan martabat kita lebih rendah dari BINATANG!

Aku BERSERU kepada semua! Lupakan lah pendirian politik kita demi kanak-kanak ini. Tak kira melayu, cina, india. Tak kira Islam, budha, kristian. MARI KITA SEMUA JADI BUSYBODY dan ambil tahu tentang apa yang terjadi di sekeliling kita. Jika jiran kita ada anak kecil, lebih-lebih lagi yang masih belum boleh bercakap, kalau kita dengar budak tu nangis tak henti2, pergi la jenguk2 kerumah jiran kita tu. Tengok apa jadi kat budak tu. Kalau jiran kita tu samseng, telifon balai polis berdekatan. Jangan takut. Polis tak marah pun jika derang datang melawat dan dapati takder apa2 yang berlaku kat budak tu. Itu tugas mereka, dan itu juga tugas kita. InsyaALLAH dengan sikap BUSYBODY kita yang bertempat tu dapat menyelamatkan seorang budak kecil yang tak bersalah.

Mari sama-sama MEMBUNUH kegiatan kurang ajar dan tidak berperikemanusiaan ini. Mari hapuskan BINATANG-BINATANG yang menunjuk kuat dengan kanak-kanak lemah ini! KITA KENA HAPUSKAN MEREKA SEMUA! Meraka ini semua bukan MANUSIA tetapi hanyalah se ekor BINATANG YANG BERTOPENGKAN MANUSIA! Binatang yang lebih hina dari BABI!


Di Sini Aku Senaraikan Talian Yang Boleh Kita Hubungi Jika Perlu:

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)03-7956 3488
Pusat Krisis Wanita ( WCC, Penang)04-228 0342
All Women Action Society of Malaysia (AWAM)03-7957 0224
TELEDERA1-800-883040
BEFRIENDERS03-7956 8144
P.S. The Children03-74931303

Sila Klik Sini untuk panduan mengenalpasti penderaan seksual ke atas kanak-kanak.


Terima Kasih,