Masyaallah!!! bawak mengucap Datuk Seri Nizar (DSN)!! Mintak ampun dgn TUANKU, jgn ego! jgn pentingkan kuasa dunia sehingga ketua negeri di tentang! Jgn ikut cara "Raja KARPAL Sigh" dan "Raja Anuar Ibrahim" derang tu tak tahu adat bangsa kita. Jangan kerana agenda mereka DSN menjadi PENDERHAKA! Yang sudah tu sudahlah, TUANKU dah lantik kerajaan baru, DSN ikut je la, buat kerja. DSN dilantik oleh rakyat untuk menjadi wakil mereka, bangunkan kawasan DSN. Kembalikan kepercayaan rakyat pada DSN. Jika ALLAH takdirkan, DSN akan dapat kembali Negeri Perak ni di pilihanraya umum akan datang. Sabar, Sabar separuh dari iman. Tunjukkan nilai murni dan berkhidmat untuk rakyat secara ikhlas, jgn terlalu memikirkan kuasa dunia.
Dan DSN, saya harap jgn la melebih sangat dlm hal nak jadi MB nih, memalukan! naik muak saya baca di semua akhbar tempatan hal DSN nih. Teruskan kehidupan, TUANKU dah buat keputusan, tolong hormati keputusan TUANKU. DSN hari tu pun di lantik oleh TUANKU. MB bukan jawatan kekal, saya rasa DSN tahu kan. Jadi relakan la. Terimalah hakikat bahawa DSN adalah seorang ADUN di Negeri Perak ini dan bukan lagi Menteri Besar. Malu la DSN maluuuuu!!! Pakai kereta kerajaan, duduk lagi rumah kerajaan, adoiiii. maluuuuu datukkk!!! cam budak2, takkan nak kene tarik2 tangan tu keluar dari rumah tuh. ishhh. Satu lagi sikap PR ni suka provok org. Saya tahu DSN takkan keluar dari Rumah Rasmi MB Perak selain dari pihak berkuasa merempuh masuk dan tarik DSN keluar, masa tu org2 DSN telah siap dengan kamera dan ambil movie yang penuh dramatik! lepas tu masuk ke YOUTUBE! hahaha adoi DSN ni semua taktik lama la. Tolong la... sekali lagi tolong lah turun dengan hati yg redha. Ini ketentuan illahi.
p/s:
Untuk D. S. Nik Aziz (DSNA), jgnlah masih mengiktiraf DSN ni sebagai MB Perak, DSNA juga penderhaka !!