Itu kata-kata bekas PM kita, DR M. Ingat lagi tak? Aku bangkit kan hal nih sebab bila aku tgk blog2 kawan2 semua, bila berdebat dengan budak2 PR nih sampai seribu tahun lagi pun tak habis. Pada aku mudah je, aku dah cuba berbahas dengan budak2 PR ni di forum2 politik, tapi nampaknya budak2 nih memang tak boleh nak terima walau sikit pun kata-kata kita. Jadi pada aku mudah je, memang benar kata DR M, "Melayu Mudah Lupa" TEPAT sekali!
Budak2 PR yang melenting, yang beria2 menghentam kerajaan, yang merusuh di jalan2, yang menabur pelbagai fitnah kepada pihak kerajaan ni semua nya tak pernah ingat jasa2 yang di di buat oleh pihak kerajaan BN. Sejak lahir kita dah menikmati kemudahan2 yang di sediakan oleh kerajaan BN. Mereka lupa jika pemimpin terdahulu tidak mempertahankan hak Orang Melayu, nescaya sekarang kita dah pun duduk merempat di tanah air kita sendiri. Lihat apa jadi dengan Melayu di Singapura! Apa kedudukan mereka?
Yang lebih memualkan, Orang Melayu sendiri yang beria2 hendak menjahanamkan bangsa sendiri, kununya ISLAM jadi keutamaan mereka. Tapi lihat saja sikap budak2 PR nih, adakah itu sikap orang ISLAM? Memaki2 orang, menabur fitnah, merusuh, merosakkan harta bende, menggunakan kanak2 dan wanita sebagai benteng bila membuat demonstrasi jalanan dan macam-macam lagi. Orang Melayu PR sebuk nak memperjuangkan hak kaum cina dan india! kununnya mereka sebuah pakatan yang adil. Tapi adakah korang fikir orang2 cina perlu di bantu? Kaum termiskin di Malaysia ialah bangsa kita MELAYU! Tanah kita tergadai, Maruah kita tergadai dan sekarang ni Ketuanan dan Sistem Beraja kita hendak di cabar dan di gadai!
Karpal Sigh dan Lim Kit Siang antara bukan Melayu yang telah berani mencabar dan MENDERHAKA kepada Raja kita. Yang lebih memeranjatkan ORANG MELAYU sendiri juga telah berani MENDERHAKA hanya kerana kuasa dunia! Itulah ANWAR IBRAHIM, NIZAR termasuk juga NIK AZIZ! Inilah pengkhianat bangsa! Pengkhianat yang patut di hukum sekeras-kerasnya kerana keBIADAPan mereka! Mereka telah memalukan kita semua. Mereka telah membuatkan bangsa lain turut tidak menghormati RAJA-RAJA MELAYU! Jika Raja tidak di hormati, adakah anda fikir mereka akan menghormati kita?
Orang2 Melayu PR lupa akan asal usul mereka. PAS paling mengejutkan! sehingga sanggup menggadai AGAMA demi KUASA DUNIA! Saya ingat lagi dulu orang2 PAS kata orang UMNO murtad sebab bersatu dengan MIC dan MCA. Tetapi sekarang lihat siapa yang bersatu dengan PKR dan DAP yang terang2 tidak menyokong ISLAM! Tapi bak kata DR M, "Melayu Mudah Lupa", orang2 PAS mungkin dah lupa kata-kata mereka. Sekarang ludah mereka dijilat kembali!