Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, February 10, 2009

Untuk Hamidah Osman EXCO Negeri Perak


Mula2 tahniah yek untuk semua Aghli EXCO kerajaan Perak yang baru, sekarang mulakanlah kerja untuk kesejahteraan negeri dan rakyat Negeri Perak yang tercinta nih. Tapi aku ada komen sikit ahli EXCO nih:-

Hamidah Osman (ADUN Sungai Rapat): Industri, Pelaburan, Pembangunan usahawan, ICT, Pelancongan dan Wanita) dan seorang lagi ahli EXCO yang bergelar Datuk.

Untuk YB Hamidah Osman, saya duduk di dalam kawasan YB, tapi terus terang cakap la saya hanya nampak YB masa pilihanraya je itu pun masa kempen di taman saya duduk nih. lepas tu lesap .. tah kemana. hmmm yang lagi buat saya tak sedap ialah kenapa lah YB buat pejabat ADUN Kawasan Sg Rapat di Batu Gajah? saya tahu YB orang batu gajah, tapi YB wakil kami di SG RAPAT, tolong lah YB, takkan kami nak ke batu gajah kalau ader hal yang nak kami adukan? di sini melambak rumah kedai terutama di Medan Gopeng, kenapalah sejak YB mula2 kami lantik sebagai wakil kami di SG RAPAT YB buat pejabat di Batu Gajah? plzzzzz laaaa YB. Hargailah kami yang menyokong YB di SG RAPAT nih. Fikirkanlah wahai YB ku sayang.

Ni lak pasal hutang tak nak bayar, adoooiiiiiii kalau ada lah berhutang sikit2 tu jelas2 kan lah Datuk. Jangan kerana sikit hal nih nanti DATUK jadi mangsa,  kene jaga reputasi Datuk sebagai YB dan Ahli EXCO Negeri Perak. Kes hutang-hutang ahli politik tak bayar ni dah lapuk! dari dulu lagi, tak best la camni. Kita parti memerintah, so tunjukkan lah tauladan yang baik kepada rakyat semua.