Di sebabkan korang semua BOIKOT akhbar Utusan Malaysia, Aku paste kan kat sini laporan Utusan Malaysia mengenai 2 tokoh Pakatan Rakyat yang amat terkenal ini. Cuba baca betul2 dan fikir guna kepala hotak dan akal fikiran yang ALLAH bagi kat korang semua. Adakah Nizar bercakap guna otak dia atau guna mulut dia sahaja? UMNO yg buat huru hara sebab suruh POLIS berkawal? Ni baru cerita lawak. Apa punyer pemimpin la PAS nih. Cakap macam keling. Pusing 360%! Dan lagi Nizar dah membuktikan dia ialah seorang pembangkang yang KURANG BIJAK bila berkata tidak mahu bekerjasama dgn UMNO untuk kepentingan rakyat. Nizar sanggup meminggirkan rakyat yang melantik beliau sebagai wakil mereka hanya kerana sikap EGO MELAMPAU dan SIFAT GILAKAN KUASA DUNIA NYA! Biar semua org susah asalkan dia mendapat apa yang dia hajati. Inilah wakil yang anda pilih. Amat memalukan! Bagaimana org boleh memilih manusia seperti ini menjadi wakil mereka? Manusia yang perjuangannya ialah untuk dirinya sendiri. YA ALLAH sedarkanlah saudara-saudaraku yang mereka telah di pergunakan oleh Nizar dan PAS. Aminnnn. NIZAR dah sama MUNAFIK NYA DENGAN ANWAR IBRAHIM! Membohong rakyat secara terang2 demi kepentingan diri!
Untuk si Khalid lak, aku kat sini suka nak CABAR negeri2 Pakatan Rakyat supaya menghapuskan terus Dasar Ekonomi Baru (DEB) Jika korang rasa korang lebih bijak, terus batalkan dan laksanakan 100% DEB FREE! Aku nak tengok riaksi penduduk negeri2 di bawah PR suka atau tak, terutama orang Melayu. Tapi mesti la buat betul2, layan sama, kalau ada tender, jgn ada pilih kasih lak, mesti sama, cina ke, melayu ke, india ke, iban ke. Kalau tander kontraktor Melayu lebih RM15 dari org cina, korang kene beri tender kat org cina tu. Buat betul2 dan buktikan DEB tak di perlukan oleh org2 Melayu! Silakan. Kalau berani buat. Di Pulau Pinang dah mula cerita2 kroni2 DAP dpt projek kerajaan negeri, di Selangor pun dah mula cerita yg sama balaci PKR bolot semua tender. Kedah, hmmm biasa la, kroni di mana2. Jangan la hanya tahu mengutuk Kerajaan BN kalau korang sendiri kucar kacir memerintah beberapa negeri. Khalid berani kata dasar DEB itu tak memberi kabaikan sedangkan dia MELANTAK serta MENCEKIK jadi kaya raya atas dasar itu. Apa punyer org la, dah lepas tengkok sendiri, tak kasik org nak merasa. Menteri Besar? Memang besar... BESAR DGN TIDAK BERAPA BERAKALNYA.
Sekali lagi, baca laporan ini dgn minda yg terbuka ... relekk.... baca dan cuba fikir dalam2.
Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO
IPOH 20 April - Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO walaupun ia bertujuan untuk memastikan kestabilan politik dapat diwujudkan di negeri ini.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meminta Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah terbaik ke arah mencapai kestabilan politik itu.
''Sultan Perak, Sultan Azlan Shah perlu mengembalikan kuasa kepada rakyat dengan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
''Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO sebaliknya UMNO yang perlu bekerjasama dengan Pas untuk memastikan kestabilan politik di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mahukan para pemimpin yang mewakili kumpulan parti politik berbeza mencari titik pertemuan dan kaedah kerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.
Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri mendakwa, amalan demokrasi raja berperlembagaan ialah Sultan perlu mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat penentuan menerusi pembubaran DUN dan pilihan raya negeri.
Ditanya mengenai teguran Sultan Perak terhadap kumpulan politik tertentu yang menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain mencemarkan institusi diraja, katanya, Pas tidak pernah mengajak rakyat untuk mencetuskan huru-hara.
''Yang mencetuskan huru-hara itu adalah provokasi daripada UMNO sendiri yang menyuruh polis membuat sekatan dan sebagainya. Pakatan pembangkang tidak pernah mengajak rakyat bergaduh dan kita tidak mahu huru-hara berlaku demi kesejahteraan rakyat negeri ini," katanya.
Selangor tidak perlu DEB - Khalid
SHAH ALAM 20 April - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi pendiriannya yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam mengagihkan kek ekonomi di negeri itu.
Beliau memberi alasan penggantungan rakyat termasuk bumiputera terhadap dasar itu tidak perlu kerana Selangor mempunyai sumber yang banyak untuk diagihkan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa.
"Di Selangor kita mempunyai sumber yang cukup untuk semua, tidak perlu bergaduh," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan kepada Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini hari ini.
Kenyataan tersebut merupakan kali kedua dibuat membabitkan DEB kerana pada Mac tahun lalu, Abdul Khalid pernah menyifatkan dasar itu gagal memberikan faedah menyeluruh kepada semua kaum di negara ini termasuk orang Melayu.
Malah, sebelum ini beliau turut mengatakan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Pusat pada 1970 itu dan kemudiannya diteruskan melalui Dasar Pembangunan Nasional (DPN) tidak memberi kebaikan kepada semua rakyat, tidak telus dan hanya membeza-bezakan kaum tertentu.
Terima Kasih,