Berita Harian: Mutakhir

Thursday, April 23, 2009

Jual CAMRY Beli PROTON! Langkah Bijak BN!


Sebagai parti yang memerintah sebuah negeri di Malaysia, Dr Zambry mengambil langkah BIJAK dan TEPAT apabila mengambil keputusan untuk menjual CAMRY yang di beli oelh kerajaan terdahulu dan mengantikan nya dengan PROTON.  Apa makna nya kita sebagai pemerintah tak menunjukkan sikap menyokong perusahaan negara sendiri. Walau CAMRY 100 kali lebih baik dari PROTON, kita sebagai kerajaan wajib menyokong perusahaan nasional kita sendiri. Saya tak tau la negeri di bawah BN yang lain. Kalau derang ada guna kereta luar, makna nyer derang juga SALAH! Buat pa nak bangga dengan kereta luar sedangkan negara kita ada kereta keluaran sendiri. Rakyat lain, tapi kerajaan tak seharusnya berbuat begitu.

Sebahagian laporan dari Utusan Malaysia:

''Walaupun jika ada pembida lebih tinggi, kita akan beri keutamaan kepada Mohammad Nizar sebab kita ambil kira kedudukannya sebagai bekas Menteri Besar kerana ini dasar kita," katanya.

Sementara itu, Zambry mengumumkan bahawa, kerajaan negeri sudah membuat keputusan untuk kembali menggunakan kereta Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi.

''Kita akan beli mengikut keperluan dan kita jangka dapat kereta Proton Perdana baru pada harga murah dari Proton," katanya.

Beliau juga memberitahu, kerajaan negeri mengambil kira kos penyelenggaraan kereta tersebut yang dikatakan agak mahal dan akan mengadakan perbincangan khas dengan Proton mengenainya.

Jadi, janganlah para fanatik PR cuba nak pusing2 cerita berkenaan CAMRY ni. Malu ler sikit. Cuba korang terima je hakikat yang Pakatan Rakyat dah jatuh di Perak. Senang. Mari kita teruskan dengan agenda membangunkan negeri kita nih. Kami rakyat dah naik bosan tengok gelagat korang. Macam orang "giler moroyan", bykkan bersabar dan tunggu lah sehingga pilihanraya umum akan datang. Kita tengok siapa yang rakyat Perak pilih untuk memerintah negeri ini. Ok? Boleh sabar? Sabar tu separuh dari iman tau. Tentu korang tau, korang dari parti ISLAM. Ok la ... Semoga Nizar berseronok dengan kereta CAMRY nya.

Terima Kasih,