Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, April 29, 2009

PAS nak buat perhimpunan lagi. Alahai PAS


Kenapa agaknya PAS ni suka betul nak buat perhimpunan tu, perhimpunan ni, semua hal nak di selesaikan dengan perhimpunan. Yang terbaru ialah "Perhimpunan membantah keputusan kabinet berkaitan isu akidah umat Islam" yang akan di adakan di Kg Baru. Takder cara lain ke nak menunjukkan rasa tak setuju. Cara PAS ini merupakan satu langkah untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai orang yang suka kan rusuhan dan demonstrasi jalanan. Ini bukan cara kita, masih banyak cara lain jika kita nak tunjukkan ketidakpuasan hati kita. Tak bolehkah kita menggunakan pendekatan lain untuk kita mendapatkan sesuatu? Adakah perhimpunan sebegini cara yang paling baik untuk menyelesaikan sebarang isu?

Jika perhimpunan tu boleh di kawal dan dengan aman tak pe jugak, tetapi selalu nya perhimpunan anjuran PAS, PKR atau DAP ni akan berkesudahan dengan kekecohan! Lihat sahaja perhimpunan mereka yang lepas2. Sudah2 la tuh. Nanti habis harta benda penduduk Kg Baru rosak disebabkan perhimpunan korang tuh. Nak tunjukkan kepada rakyat yang PAS ni menegakkan ISLAM? Nizar sendiri mengatakan PAS TIDAK MEMPERJUANGKAN ISLAM! Nampak sangat PAS hanya nak tunjuk kepada rakyat konon nya mereka sahaja lah yang memperjuangkan Islam di negara kita, tetapi perbuatan mereka tak langsung menunjukkan cara2 Islam. Bukan Islam sahaja, malah PAS lah kononya yang memperjuangkan Bahasa Melayu semasa "perhimpunan" PPSMI tempoh hari. Pendek kata PAS lah HERO dalam semua isu di Malaysia ni.

Yang pasti PAS memang gemar mencuri perhatian rakyat dengan isu-isu semasa, dan mereka akan cuba menonjolkan diri dan berlagak seperti HERO yang memperjuangkan rakyat! Tetapi hakikatnya mereka hanya pandai bercakap, cakap PAS juga berbelit2 dan boleh berpusing 360 darjah mengikut kepentingan mereka. PAS boleh betulkan yang salah, dan salahkan yang betul tanpa pengikut2 mereka sedar "pemutarbelitan" mereka. Segala perbuatan mereka akan di sulam dengan ayat2 suci AL-QURAN yang menyebabkan pengikut mereka begitu kagum, terpesona dan mengikut apa sahaja yang pemimpin PAS katakan tanpa rasa ragu. Jangan kata pemimpin PAS, pemimpin DAP seperti HJ NGA pun dah pandai menyulamkan ayat suci AL-QURAN dalam ceramah nya untuk mempersonakan para fanatik PAS. Menganga besar mulut para fanatik PAS mendengar bacaan ayat suci yang di baca oleh HJ NGA sehingga lalat pun bebas keluar masuk sesuka hati mereka.

Jadi perhimpunan yang korang nak buat ni, tak payah la. Jgn menyusahkan penduduk Kg Baru hanya untuk korang nak tunjuk HERO! Penduduk Kg Baru banyak kerja lain, dah la Kg Baru tu siap2 sesak, nanti korang tambah sesak lagi. Kesian lah kat orang lain. Nak berhimpun sangat, pergi lepak ramai2 kat stadium ke, tak la menyusahkan orang lain. Menyalak lah korang kat situ. Owhhh lupa, tak ramai orang nampak "keHEROan" korang di tempat camtu yek, lupa lak. Tapi korang masih boleh menjemput pemberita dari USA, INDON, BANGLADESH, KUDISTAN, PODAHSTAN, BELAHSTAN, HEKELETAN, dan NEGERI SETAN untuk membuat liputan besar2an dan dapat lah tunjuk kat dunia yang Malaysia ni dalam keadaan kelam kabut. Itu cara tekanan korang kat kerajaan kan. Biar rakyat susah asalkan PAS senang. Tak gitu dong?

Yang Ikhlas,