Berita Harian: Mutakhir

Monday, June 29, 2009

Email Dari Pembaca (5)


Dari En khairulazwadi:
Pembangkang dah jadi macam kapal yang hilang arah. Itu la padahnya kalau satu kapala banyak nakhodanya. 'Perkahwinan' PKR+DAP+PAS sangat tidak menampakkan kebahagiaannya. Masakan tidak, PKR sebagai suami hanya mementingkan DAP sebagai isteri pertama dan PAS sebagai isteri kedua terkontang-kanting.

Kalau dulu gah PKR adalah pembela hak rakyat tapi ternyata pembelaan itu hanya pembelaan terhadap Al-Juburi sahaja. Pembelaan yang hanya untuk melepaskan beliau daripada hukuman yang bakal beliau tempuhi. Kalau benar beliau ini tak salah kenapa nak lari ke kedutaan negara lain, kalau benar beliau tak salah kenapa beliau tak bersumpah ? Kalau benar beliau tak salah kenapa beliau melenting tak mahu dibicarakan ?

Aku yakin kegoyahan Pakatan Rakyat ini semakin menampakkan keretakannya dek kerana Mastermind PR ini yang tidak betul akal pemikirannya. Mastermind ini lah yang melumpuhkan kekuatan PAS, mastermind inilah yang membisukan PAS terhadap dasar-dasar sebenarnya. Mastermind ini lah yang menghuru-harakan PAS kerana mewujudkan PUAK yang lain.

Tetapi penyokongnya masih buta dan terus dibutakan dek permainan kata-kata beliau yang ampuh. Ampuh dalam erti kata menghancurkan pemikiran yang waras, ampuh dalam memutarbelitkan kebenaran, ampuh dalam menidakkan perkara yang benar.

Kasihan aku bila ulamak PAS dihentam dengan cara yang tidak sepatutnya. Aku kadang-kadang hairan, macam mana PAS mentarbiah ahlinya yang sangat keji dalam kata-kata. Adakah mereka dapat tiket pahala bila mencerca ulamak lain ? Adakah mereka mendapat tiket syurga dengan mencerca ulamak lain yang terang-terangan keislamannya ?

Padah bila menyokong mereka yang benar-benar salah. Padah bermain dengan kata-kata, PAS harus kembali dengan perjuangan asal dengan tidak memasukkan ideologi parti yang lain. Harus kembali kelandasan yang sebenar dengan menjadi PARTI pembangkang yang dominan. Bukan dengan mengikut telunjuk PKR dalam menentukan arah tuju PAS.

Jun 23 2009:
Saudara Pengarang M2Day...

Sakit hati,sakit otak, sakit jiwa, sakit mental aku tengok kerenah PAS ni. Nak sangat aku carut kat parti tak betul ni. Dah tak tahan aku bila PAS masih berkiblatkan Al-Juburi dalam isu perpaduan MELAYU. Sakit jiwa aku bila idea Presiden PAS sendiri yang cetuskan tetapi dia yang membatalkan. HARAM JADAH.

Pembelit utama, lidah cabang, ular orok-orok. Aku dah betul-betul anti hampir 100% dengan PAS ni. Sempit sangat pemikiran mereka, sempit sangat perjalanan jiwa mereka. Bukan sukar nak sedar apa yang mereka buat, bukan susah nak laksanakan apa yang mereka mahukan. Seperti yang aku katakan, PAS masih berkiblatkan Al-Juburi dalam membuat keputusan.

Aku tak rasa PAS ni akan bertahan lama lagi lepas ni, aku tak rasa PAS akan jadi PARTI ISLAM lagi. Dimana letaknya kewarasan fikiran, dimana letakkan ketajaman akal ? Kenapa mesti diikut DAP al-HARBI tu, kenapa dibontoti PKR son of Juburi ?

Apakah PAS akan rasa puas bila MELAYU nihancur ? Apakah mereka akan PUAS bila hak kita lenyap atau apakah MEREKA (PAS) ini akan puas bila MELAYU, aku ulang MELAYU (MALAYSIA) hilang di dunia ?

PAS dah mula mengarut.... teruskan karutan anda. Aku dah tak tahan dengan sandiwara politik murahan PAS ni. MUAK... EGO tak mahu lepas, nak fikir kepala sendiri je.
Komen M-2Day:

Aku dah tak reti nak cakap apa pasal PAS nih. Dah naik MUAK! Tapi untuk penghantar emial dan semua pembaca blog aku ni, jangan lah kita membenci begitu teruk sekali, mereka (PAS) suka tak suka saudara seagama kita juga. Jadi nya doakan lah moga-moga mereka sedar apa yang mereka lakukan itu akan membawa padah kepada anak bangsa mereka sendiri. Apa lagi yang ada pada ORANG MELAYU?

Yang Ikhlas,