Pada aku sebagai seorang rakyat biasa Negeri Perak, kemenangan Barisan Nasional 5-0 ini amat bermakna sekali! Bukan sebab puashati dapat kalahkan si NIZAR@Pakatan Rakyat, tapi sebab Kuasa Mutlak Sultan Perak di iktiraf dan di gunapakai di mahkamah tertinggi negara kita! Mahkamah Persekutuan Malaysia telah membuat satu keputusan dan secara tak langsung telah menyampaikan mesej jelas bahawa Sistem RAJA BERPELEMBAGAAN masih ralaven dan WAJIB@MESTI di gunapakai di Malaysia! Alhamdullilah!
Aku harap jugaklah Pakatan Rakyat berhentilah dari memanjangkan lagi isu ini. Terimalah hakikat ini. Pilihanraya umum pun tak lama lagi, lebih kurang 2 tahun sahaja lagi. Marilah kita bekerja untuk membangunkan kawasan masing2 demi kebaikan rakyat. Hentikanlah penderhakaan terhadap Paduka Sultan Perak. Hormatilah Titah Tuanku dan keputusan Mahkamah. Rakyat dah MELUAT dengan drama2 yang merugikan rakyat Perak nih! Semoga Negeri Perak aman makmur di bawah pemerintahan Tauanku Sultan Perak. Aminnnn.
DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!