Berita Harian: Mutakhir

Saturday, February 20, 2010

Jom Guna Kepala Otak Kita

Takder apa yg menarik berlaku dua tiga ari ni, so aku nak ajak korang menggunakan OTAK dan FIKIRAN yang ALLAH kurniakan pada kita ni untuk berfikir sejenak. Sebab apa, sebab aku lihat sekarang ramai antara kita ni tidak menggunakan KEPALA OTAK kita sendiri dan asyik mengikut kata orang lain. Aku nak cakap pasal politik di Malaysia, jom mulakan.

Cuba GUNA OTAK korang, lihat sekeliling. Korang susah? Duit tak cukup? Kenapa agaknya? Adakah korang susah kerana salah KERAJAAN? Atau korang masa sekolah dulu PEMALAS nak mampos belaja. Melawan guru, melawan dan menderhaka mak bapak? Atau kerana ada pegawai kerajaan yang ambil rasuah, tu yg menyebabkan korang susah sekarang? Aku juga bukan orang kaya, tapi aku bukan orang susah dan susah senang aku tiada kaitan dengan kerajaan. Aku ada adik beradik yg hidup mewah berbanding aku, sebab pe? Sebab derang dulu rajin belaja, sekarang kerja baik2 dan hidup mewah. Aku menyampah tgk korang sebuk tuduh2 cakap pasal orang tu rasuah, orang ni ambik komisen dan macam2 lagi. Sedangkan orang mencuri RM10 pun tak leh nak sorok, kekadang kene tangkap, ini korang cerita berjuta2 mana nak sorok dol?

Cuba GUNA OTAK korang lagi, adakah korang tak boleh nak beramal ibadat di negara kita ni? Adakah kerajaan sekarang MENGHALANG korang dari ke masjid, dari menderma, dari bersedekah dari mengerjakan umrah dan haji dari berpuasa dari bersembahyang? Apa maksud korang bila mengatakan kerajaan kita ni tidak mengikut lunas2 ISLAM? Sebab TV ada konsert rock? Ada kerajaan paksa korang tengok? Sehinggakan aku pernah dgr sendiri seorang orang PAS cakap masa tu sukan olimpik, dia sebuk kerajaan tunjuk sukan renang perepuan pakai sepender, SAPA SURUH TENGOK! Tukar la channel tu! Lahai. Aku nak tanya kalau PAS memerintah Malaysia adakah PAS akan mengharamkan ARAK dan menutup semua kilang2 arak di malaysia? Sedangkan di Selangor, Kedah malah Kelantan sekali pun arak masih boleh di dapati. Jadi apa bezanya sekarang? Tak suka arak, jangan beli arak, tak suka nombor ekor, jgn beli, tak suka konsert, jgn pegi, tak suka sure heboh, jgn pegi. Susah ke?

Banyak lagi nak tulis tapi malas le, nanti bosan nak baca. SO, MARI GUNA PALA HOTAK KITA SENDIRI UNTUK BERFIKIR! JGN IKUT JE CAKAP ORANG LAIN! DERANG CAKAP TU ADA KEPENTINGAN DIRI SENDIRI. KORANG APA DAPAT?

Yang Ikhlas,