Kemenangan Barisan Nasional di PRP Hulu Selangor akan menjadi kenyataan jika pengundi di situ mahukan kemajuan, keamanan dan kemakmuran. Tetapi jika pengundi di sana yang majoriti nya penduduk Melayu hanya mahukan kehancuran dan kelam kabut, silalah mengundi Pakatan Rakyat. Semua pihak boleh bercakap macam2 semasa kempen nih. Terpulanglah kepada kebijaksanaan pengundi Hulu Selangor untuk memilih wakil mereka.
Dah hampir 2 tahun PR memerintah 4 buah negeri, lihat sahaja lah betapa kelam kabutnya pemerintahan mereka. Kenapa? Tak lain tak bukan sebab 3 buah parti di dalam PR mempunyai agenda dan matlamat yang berbeza. DAP dengan perjuangan hak orang2 CINA nya, PKR dengan perjuangan menjadikan Anuar Ibrahim sebagai perdana menteri dan PAS paling teruk! tak tahu apa perjuangannya. Kalau dulu PAS memperjuangankan ISLAM tapi kini PAS "berkahwin" dengan DAP yang terang2 menentang Malaysia sebagai Negara Islam.
Lihat pula Barisan Nasional, wakil BN di sana memang seorang India dari parti MIC, tetapi orang2 Melayu di Hulu Selangor perlu ingat, perjuangan Barisan Nasional adalah sama dan di persetujui oleh semua parti2 komponen nya. Inilah yang tiada pada PR, perpaduan dan setia kawan. Harap2 pengundi di Hulu Selangor dapat membuat penilaian dengan baik.