Berita Harian: Mutakhir

Thursday, April 22, 2010

Malaysiakini Bermain Isu Perkauman Berkaitan YB Kamal Cium Tangan TPM!

Singkat sungguh fikiran penulis2 Malaysiakini nih. Kita semua paham, Malaysiakini merupakan media Pakatan Rakyat @ Pembangkang, tapi beretika lah sedikit dan jgn mainkan api perkauman. Aku tahu niat Malaysiakini ialah untuk menghasut orang bukan Melayu terutama pengundi2 India di Hulu Selangor agar tidak mengundi YB Kamal. Tapi orang2 Melayu di Hulu Selangor aku harap nampak akan betapa BERADAPNYA YB KAMAL yang tahu adat budaya orang2 Melayu. Cuma Malaysiakini yang di penuhi dengan panganut2 KOMUNIS sahaja tak paham dan suka memutar belitkan apa sahaja kebaikan yang di lakukan oleh orang2 Barisan Nasional.

Amat menyedihkan bila melihat betapa KETANDUSAN isu puak2 pembangkang nak mainkan di Hulu Selangor. Kesian. Mereka bertungkus lumus cuba manjadikan apa sahaja yang berlaku di Hulu Selangor sebagai isu. Sehingga payung BN yang ada di kubur pun di jadikan isu, payung tersebut di letakkan oleh orag PR lepas tu tangkap gambar dan sebarkan di internet. Apa punya buruk perangai budak2 PR nih. Sekarang ni pulak nak mainkan isu perkauman. Hmmm Aku sekali lagi berdoa agar pengundi2 Hulu Selangor dapat melihat semua ini dengan fikiran yang terbuka dan waras. Jangan tertipu dengan tektik2 kotor PR.

Tindakan Malaysiakini amat tidak beretika, bermain isu perkauman hanya akan merugikan orang2 di Hulu Selangor sahaja. Apa pula kata Malaysiakini bila Anwar Ibrahim menyusun sepuluh jari menghormati orang India semasa perayaan Deepavalli dan Thaipusam? Adakah itu Ketuanan India?

Tahniah YB KAMAL kerana dapat menghayati adat resam orang2 Melayu. Memang anda layak menjadi MP di Hulu Selangor!

Yang Ikhlas,