KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Penduduk setempat dan pengunjung ke Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor dijemput menjamu selera dengan nasi lemak dan teh tarik pada "kenduri rakyat" anjuran Jabatan Warisan Negara (JWN) esok.
Program yang dinamakan Pesta Nasi Lemak-Teh Tarik dan Makanan Warisan 1Malaysia akan diadakan di padang kawad akademi bomba dan penyelamat Malaysia Kuala Kubu Baharu, bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.
Pesuruhjaya JWN, Prof Emeritus Datuk Siti Zuraina Abdul Majid berkata pesta ini akan menampilkan makanan warisan daripada pelbagai kaum termasuk Sabah dan Sarawak.
"Selain nasi lemak dan teh tarik, makanan tradisi Cina seperti 'char kuey teow' dan pau serta makanan tradisi India seperti apam dan putu mayum turut disajikan. Tidak ketinggalan makanan tradisi Sabah dan Sarawak seperti kuih cincin.
- Bernama
Komen M-2Day:
Haaa datang la ramai2, makan minum, berkenal-kenalan. Eh ORANGPAKATAN RAKYAT pun boleh datang ehhhh, no hal. BN kalau buat program semua untuk RAKYAT, bukan untuk UMNO je. Datang le orang2 PKR, DAP dan PAS, jangan malu2, letih2 gantung poster, letih2 maki2 orang UMNO tu, rehat jap mari makan minum teh tarik. Jangan malu2 lak yer. Ini ikhlas untuk semua rakyat. Silakan ...