Itulah akibat dari suka membuat fitnah dan menipu rakyat. Pakatan Rakyat menerima "balasan" hari ni bila ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu. Apa pun alasan yang di berikan, perbuatan keluar parti dari ahli2 Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini jelas menunjukkan kelemahan pimpinan PR. Jika yang berjawatan pun tinggalkan parti, yang bawah2 ni, tak tau apa jadi kat parti masih nak menyokong PR ke? Sedangkan yang keluar parti ni bukan calang2 orang. Pasti ada yang tak kene. UMNO bagi derang yang keluar ni sorang RM20 Juta? Korang ingat senang ke nak sorok hal2 camni? Rasuah RM2 ribu pun orang boleh kesan, inikan 20 JUTA!
Tapi fanatik2 PR ni begitu mudah di BIOL kan oleh pemimpin mereka. Kene kelentong sikit, menjerit2 pengikut di bawah bertakbir. Tah la, bila la korang nak sedar. Anywayz, untuk YB Keshvinder, tahniah kerana anda sudah sedar. Teruskan bersama Barisan Nasional demi rakyat yang anda wakili. Tahniah sekali lagi!
Yang Ikhlas,