Semalam Utusan Malaysia di muka depannya membuat laporan "Plan Damai UMNO, PAS" kononya ketua pemuda PAS secara langsung menyokong usaha penyatuan UMNO dan PAS. Tapi lihat bagaimana UMNO kene hentam balik dengan mamat nih. Baca apa yang di katakan mamat ni di Malaysiakini.
Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan mendakwa kenyataannya berhubung cadangan pelan damai dalam isu perpaduan antara parti itu dan musuh politiknya Umno telah disalahtafsirkan.
"Dengan itu, saya berlepas diri dengan apa jua percubaan, (oleh) siapa jua untuk memesongkan dan menyalah tafsirkan maksud saya dalam pelan damai yang saya cadangkan kepada seluruh umat Manusia dalam negara ini.
"Pelan saya mudah: aslim taslam, Islamlah nescaya kamu selamat. Selebihnya, no Islam no talk (tanpa Islam tiada rundingan)," katanya dalam blognya hari ini.
"Saya lihat hari ini, negara kita juga terjebak dalam kancah jahiliah, cuma ia moden berbanding dulu. Maksiat bertambah, mungkar bertambah, rasuah berleluasa.
"Semuanya gara-gara pemerintahan negara kita yang diterajui oleh UMNO dan BN tidak memerintah dan mentadbir berdasarkan Islam," katanya.
Nasrudin berkata, masalah sosial menjadi parah, politik menjadi kejam dan ekonmi menindas rakyat bawahan.
"Terbaru ialah kenaikan harga barang yang dilunakkan dengan (istilah) penyelarasan semula subsidi kononnya," katanya.
Jadi, aku sekali lagi meminta jangan di besar2 kan perkara ini. STOP IT! Nescaya kita akan di perbodohkan oleh PAS sekali lagi! Kalau ada perundingan, buat secara rahsia. Dah dapat kata setuju baru lah hebahkan pada rakyat. Bila perkara ini di hebohkan sebelum perbincangan sirius di lakukan, nescaya ramailah yang tak suka penyatuan ini berlaku akan membuat serangan balas dan melaga2 kan UMNO dan PAS untuk menggagalkan rancangan ini. Tolong la. Lebih2 lagi akhbar2 utama negara. Sudah la tu. Naik meluat aku dgn penipuan dan belit budak2 PAS nih.
Yang Ikhlas,