Berita Harian: Mutakhir

Saturday, January 8, 2011

Demi Sesuap Nasik ...

Kalau Ted Williams yang sedang sebuk di perkatakan di internet sekarang, sanggup memegang kertas buruk meminta sedekah dari orang ramai sebanyak US1 untuk mendengar suara nya demi sesuap nasik, di Malaysia pun ada jugak.

Kontraktor Melayu mohon maaf kepada Guan Eng

Dalam satu tindakan yang mengejutkan hari ini, pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan memohon maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran pelbagai serangan yang dibuat terhadapnya.

Mohammed Fadzill berkata, beliau telah meminta maaf di atas kenyataan kerana kontraktor Melayu mahu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri. - Malaysiakini

Ye la, demi sesuap nasik. Apa pun sebelum ini PKMM yang begitu kuat membedal Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam isu pembahagian kontrak kerajaan, tapi sekarang dah berlembut. Kenapa la agak nya yer. Takpe la mereka bukan parti politik tapi persatuan.

Tapi impak nya amat mendalam kepada Bangsa Melayu dan politik di Pulau Pinang khasnya dan kepada seluruh orang Melayu umumnya. DAP pastinya akan mempolitikkan isu ini. Lihat sahaja tajuk berita ini di Malaysiakini "Kontraktor Melayu mohon maaf kepada Guan Eng" Wahhh hina betul tajuk tu. Sepatutnya tajuk berita itu ialah "PKMM Mohon Maaf Pada Kerajaan Negeri Pulau Pinang"

Nampaknya cita2 DAP menjadikan Pulau Pinang sebagai SINGAPORE kedua semakin jadi kenyataan.

Yang Ikhlas,