Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, January 19, 2011

Selangor Peruntuk RM10 Juta Untuk Bekas Pekerja Islam Di Sektor Berkaitan Arak.

Kerajaan negeri Selangor mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan penjualan arak mencari pekerjaan alternatif, kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

“Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.

“Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan. - Malaysiakini

Soalan aku, siapa yang layak dapat peruntukan ini? Bagaimana? Jika mereka berhenti serta merta, bolehkah mereka mendapat bantuan serta merta? Bagaimana nasib perkerja yang dari negeri luar Selangor? Sedangkan sekarang, peniaga yang dah mula berniaga nak buat pinjaman pun payah dapat, ini pulak Selangor nak bagi pinjaman. Cakap boleh la. Jangan suka berjanji, kita lihat je nanti bagaimana Selangor nak melaksanakan nya. bagaimana pulak jika mereka tu dari parti lain? Adakah Selangor akan layan semua nya dengan sama rata? Sedangkan peruntukan untuk ADUN pun Selangor memilih bulu dan hanya memberi kepada ADUN PR sahaja. Adakah yang memohon peruntukan tu nanti kene sain borang keahlian PKR atau DAP atau PAS?

Sudah lah, jangan nak racun minda RAKYAT! Kami bukan bodoh. Takkan dengan hanya memberi nama dan membuktikan mereka bekas pekerja di sektor arak tu, korang terus bagi duit. Janji tu berpada2 la. Kalau begtu mudah, maka akan rama lah nanti yang menyalahgunakan peruntukan ni. Kalau nak tunggu korang siasat takkan mungkin boleh selesai dalam beberapa hari je. Berapa jumlah pun tak di beri tahu. Ini semua mee segera punya tektik. Belum di kaji, dah umumkan. Nak tarik hati rakyat nampak nya. Semakin kuat bahang PRU13 semakin banyak gula2 di taburkan. hehe

Yang Ikhlas,