Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom mengingatkan Pemuda PAS supaya tidak mencetuskan pergaduhan ekoran hasratnya mahu memantau sambutan hari kekasih beberapa hari lagi.
"Yang itu kita kena tahu nak buat macam mana, nak pergi kawal macam mana. Sat lagi pi berkatok, bergaduh dengan orang, (jadi kes) polis pula...
Sebagai contoh, katanya, esok Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan forum dan pelancaran kempen "anti hari Valentine" di Putrajaya.
"Maknanya kita kena ajak orang ramai supaya fahami bahawa itu (hari kekasih) budaya asing," katanya.
"Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam," kata pegawai perhubungan awam Jakim Asiah Alkharib Shah, memetik keputusan muzakarah majlis itu. - Malaysiakini
-----------------------------------------
Macam ini la, aku ni bukan la nak tegur apa, cuma sebagai menteri dan sebagai sebuah jabatan yang menjaga kebajikan ISLAM kita jangan la senang2 nak buat satu2 kempen dengan menggunakan perkataan "ANTI" tu.
ANTI tu makna nya kita ajak orang membenci. Nanti ada pihak ambil kesempatan pulak kata Islam ni ganas la itu la ini la. Valentine's mungkin penting bagi orang2 bukan ISLAM, jadi kita hormatilah hak mereka. Tak perlu di ANTI2. Orang bukan ISLAM nak sambut, silakan. Yang perlu ialah kita pastikan dari perinkat sekolah2 yang Hari Valentine's ni tidak boleh di sambut oleh orang ISLAM kerana sifat dan roh hari tersebut.
Apa pun untuk umat ISLAM negara kita ni, jum la kita pakat2 tinggalkan hari valentine's tu. Majlis fatwa pun dah keluarkan hukum mengenai perkara ini. Ikut je la. Umat Islam bukan ANTI Hari Valentine's, yang bukan Islam silakan sambut hari ni, tapi bukan untuk umat Islam.
Yang Ikhlas,