Berita Harian: Mutakhir

Thursday, March 10, 2011

Apa Kes Nak Bawak Masuk BIBLE BAHASA MELAYU!!?!?! Penganut Kristian Suka Bermain Isu Agama!

KUALA LUMPUR, 10 Mac — Pertubuhan The Bible Society of Malaysia (BSM) sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Kementerian Dalam Negeri kerana merampas kargo kitab Injil berbahasa Melayu, yang diimport dari Indonesia, di Pelabuhan Klang sejak 2009 sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan kumpulan Kristian.

Kitab-kitab injil itu menjadi punca kontroversi kerana mempunyai perkataan “Allah” di mana masyarakat majoriti Melayu Islam percayai kalimah itu tidak boleh digunakan oleh bukan Islam untuk merujuk kepada Allah. - Malaysianinsider

---------------------------------------

Aku hairan betul kenapa agama2 lain di negara kita ni suka memjak kepala kita? Kita dah bagi kebebasan beragama, sekarang nak bawak masuk BIBLE BAHASA MELAYU ke negara kita. Kenapa? Di Indonesia lain, sebab majoriti beragama Kristian di sana bertutur dgn bahasa Indonesia. Kita di sini majoriti beragama Kristian fasih berbahasa Inggeris. Apa kes nak bwk masuk Bible Bahasa Melayu?

Berapa byk Orang Melayu beragama Kristian?? Tolong lah jangan memijak kepala kami ni. Kerajaan WAJIB menetapkan syarat ketat dalam pengimportan bahan2 bacaan berkaitan agama ni. Perlu ada akta yang secara direct dan jelas mengatakan tidak dibenarkan sama sekali bawa masuk bahan2 seperti itu.

Kita bukan nak menghalang mereka dari beragama, tetap perbuatan mereka amat tidak menghormati kita sebagai penduduk majoriti di Malaysia. Sampai bila kerajaan nak layan kerenah segelintir orang2 yang ada misi di sebalik tindakan mereka ni?

TIDAK BOLEH UJUD BIBLE DALAM BAHASA MELAYU DI MALAYSIA!
TIDAK BOLEH UJUD KITAB AGAMA LAIN DALAM BAHASA MELAYU DI MALAYSIA!

Yang Ikhlas,