Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, March 7, 2012

PAS HANCOR: PAS Memperlekehkan Lantikan Sultan Kedah!

Aku binggung pikir apa fungsi Azizan selepas ini? Kalau semua keputusan akan di pantau oleh Jawatankuasa Pemandu PAS, apa makna nya si Azizan ni jadi MB? Tidakkah ini secara tidak langsung MEREMEHKAN LANTIKAN SULTAN KEDAH? Sultan Kedah memperkenankan Azizan sebagai MB yang bertanggungjawab membuat keputusan2 demi kebaikan rakyat Kedah, tapi tiba2 PAS Pusat pulak nak ambil alih tugas itu. Ini nampak sangat memperlekehkan lantikan Sultan.

Apa guna nya seorang MB jika semua keputusan2 berkaitan negeri tidak boleh di buat olehnya? PAS nampak sgt nak pancung Azizan, mereka tak mahu buang Azizan, takut2 Azizan masuk kem Hasan Ali lalu m ereka memberi tekanan kepada Azizan agar Azizan melepaskan jawatan dengan sendiri. Ini semua tektik. Azizan ni keras kepala, tak mudah nak ikut orang tak tentu hala, orang macam ini PKR dan DAP amat2 TAK SUKA! Sama seperti Hasan Ali yang di buang PAS atas desakan DAP dan PKR.

Rumusan pada perbalahan yg berlaku di Kedah ni pada aku ialah PAS di desak oleh pihak lain untuk memancung Azizan. Dan seperti biasa PAS dgn mudah di cucuk hidung nya dan menurut dgn patuh sekali desakan tersebut. Dan inilah cara mereka mahu MEMALUKAN Azizan, iaitu MENARIK semua hak nya sebagai Menteri Besar dan dia hanya jadi BONEKA yang di tarik tali oleh pihak2 pro Anwar atau Anwaris. PAS sanggup membelakangkan TITAH SULTAN KEDAH apabila mereka mengambil alih kuasa MB di Kedah dengan menggunakan JAWATANKUASA PEMANDU. Siapa yg pandu jawatankuasa ini? Pemandunya tentulah Anwar yg juga di pandu oleh Lim Kit Siang. PAS apa ada? HABUK PUN TARAK!