Berita Harian: Mutakhir

Monday, March 26, 2012

TAULADAN: Kita Perlu Mengikut Cara Datuk Seri Wee Ka Siong

Tiada laporan polis akan dibuat terhadap orang yang telah dituduh mengacu penumbuk ke muka Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam satu perhimpunan di Kajang semalam.

Wee memberitahu pemberita di lobi Parlimen hari ini bahawa beliau telah "memaafkan" orang yang cuba menumbuknya itu.

"Saya telah memilih untuk memaafkan mereka...," katanya sambil menambah beliau sudah bersedia berdepan dengan yang terburuk.

Wee berkata demikian sebagai mengulas tuntutan ahli Parlimen Pakatan Rakyat supaya beliau membuat laporan polis berhubung serangan tersebut.

Pakatan Rakyat mendakwa beberapa laporan berita memetik Wee sebagai berkata orang yang menumbuknya adalah penyokong pembangkang, sementara yang lain melaporkan bahawa orang berkenaan adalah ahli DAP.

Ahli Parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

------------------------------------------------

Jadi nya aku ajak korang fikir cara puak2 CINA ni. Lihat bagaimana cara mereka. Walaupun di hina di caci di tunjuk jari tengah di tunjuk penumbuk dia masih memaafkan rakan sebangsa nya, kenapa? Tak lain tak bukan demi kebajikan BANGSA mereka. Pehimpunan yg di hadiri WEE ini ialah berkaitan Sekolah dan Bahasa CINA. Lihat bagaimana ahli BN boleh pergi ke majlis anjuran DAP demi kebajikan BANGSA MEREKA (CINA). Dan walaupun di maki hamun dan hampir di tumbuk dia tetap "MEMAAFKAN" penyerang nya .... sebab apa agaknya?

Kita orang MELAYU pesal tak boleh bersatu demi bangsa? Korang masih tak nampak ke bagaimana mereka amat menjaga bangsa mereka sendiri. Kita sanggup berpecahbelah demi BANGSA LAIN!

Bangun! SEDARLAH HAKIKAT INI!