Lahai! tak habis2 dengan BERSIH! Aku tengok muka Anwar dah malap hitam semacam je, dulu bersinar2, bersih apa tuh? Hmmm BERSIH ni satu PEMBOHONGAN POLITIK PAKATAN RAKYAT! Ini semua persediaan menghadapi kekalahan di PRU13 nanti.
Korang perlu tahu perangai orang2 Pakatan Rakyat ni, mereka ni mana reti menerima kekalahan. Pernahke korang terbaca pengakuan atau berita2 mereka ni kalau kalah mengaku atau menerima kekalahan tersebut tanpa menyalahkan org lain? Kalau kalah je, mesti timbul UNDI HANTU, TONG UNDI KENA BAWAK LARI dan macam2! Tapi bila menang, RAKYAT TELAH MEMBUAT PILIHAN! Korak hangpa!
Aku bukan apa, pada aku pembangkang memang amat perlu di dalam mana2 pemerintahan pun, jika tidak org yg memerintah akan berleluasa nafsu nya. Tetapi pembangkang yang macam mana yg kita perlu ada? Adakah pembangkang sekarang ( PAKATAN RAKYAT ) layak untuk menjadi pembangkang?
Apa yang mereka lakukan sepanjang meeka bergelar pembangkang? Adakah pembangkang perlu mengkritik atau mencari kesalahan2 dalam apa juga yang pihak kerajaan lakukan? Sehingga perkara yang baik turut di bangkang? Bukankah sepatutnya pembangkang bekerjasama dengan pemerintah untuk membaiki sebarang kepingcangan yg ujud dalam segala usaha kerajaan? Itulah sepatutnya. Pakatan Rakyat sepatutnya berkhidmat demi rakyat dengan bekerjasama dengan kerajaan memperbaiki kelompongan yang ujud. Dengan cara dan saluran yg betul. Bukan dengan memekak melolong di jalanraya!
Pembangkang juga di lihat sering megutamakan hal peribadi dan kepentingan politik sendiri dari rakyat yg mereka wakili. Lihat sahaja lah sikap mereka yg gemar mempolitikkan segala apa yg terjadi di dalam negara kita. Kerja mereka turun naik mahkamah. Saman sana sini. Apa ini semua? Tak cukup dgn itu pelbagai skandal juga merasuk para pemimpin pembangkang.
Dan yg paling memualkan ialah sikap para penyokong pembangkang yang seolah2 buta hati dan tidak mahu menerima atau melihat bukti2 sikap buruk para pemimpin mereka. Walau apa pun yg pemimpin mereka buat semua betul. Mereka ini seolah2 macam ROBOT KARAT yg menurut segala perintah tanpa memperdulikan kebenaran. Pemimpin mereka kata HARAM, maka mereka akan turut kata HARAM! Pemimpin mereka kata HALAL, mereka turut kata HALAL, walaupun dalam perkara yg sahih terbukti SALAH mereka akan kata betul jika pemimpin mereka kata betul. Adoi, penat penat
Akhir sekali marilah kita semua rakyat Malaysia buktikan atau tunjukkan kepada Pakatan Rakyat yang mereka belum layak memerintah negara dengan sikap buruk dan BUSUK mereka tuh. Kita bukan rakyat LOW CLASS yg boleh di tipu dgn senang oleh cerita2, atau pendedahan2 tanpa bukti pembangkang. Mungkin penyokong mereka LOW CLASS tapi rakyat secara keseluruhan nya tidak macam tu.
Ok ler, takder apa yg nak di perkatakan lagi, BERSIH 3.0 hanya gimik dan persediaan Pakatan Rakyat untuk menyalahkan kerajaan bila kalah dalam PRU13 nanti. Kesian Samad Said, tok janggut yg tergoda dgn pujukan Pakatan Rakyat. Aku rasa tok janggut tu patut jadi MP pembangkang dan lantik jadi ketua pembangkang! Amacam? haha