Berita Harian: Mutakhir

Saturday, May 12, 2012

Malaysiakini Mertabatkan Utusan Malaysia!


Kah kah kah, aku kadang2 nak tergelak tgk gelagat "PEMBERITA" Malaysiakini. Utusan Malaysia membuat permohonan maaf kepada senator bebas daripada Selatan Australia Nick Xenophon kerana menggelarkan dia sebagai ANTI-ISLAM dalam penulisan di Utusan pada 1 Mei lepas. Aku tau niat Malaysiakini ialah nak malukan UTUSAN tapi agaknya Malaysiakini terlupa sebenarnya dia telah memberi PENGHORMATAN dan PUJIAN kepada UTUSAN MALAYSIA kerana sifat terpuji iaitu mengaku kesalahan dan memohon maaf yang TAK PERNAH dilakukan oleh Malaysiakini walaupun jelas2 menyiarkan berita2 SAMPAH di laman web mereka.

UTUSAN MALAYSIA patut menjadi ikutan akhbar2 lain kerana berani mengaku kesalahan sendiri dan tak byk memberi alasan. Sifat terpuji dan BERTANGGUNGJAWAB inilah WAJIB ada pada akhbar2 lain di negara kita. Terima kasih Malaysiakini kerana mempromosikan UTUSAN MALAYSIA terutama semasa sekarang ni ketika rakyat sedang menilai siapa yg mereka nak UNDI di PRU akan datang.

Dan aku nak cakap sikit dengan "PEMBERITA" Malaysiakini, tolonglah bertanggungjawab sikit di atas apa yg korang tulis. Jangan terlalu main isu perkauman dan AGAMA, nescaya kamu akan bertanggungjawab sekiranya terjadi perkara2 tak di ingini di negara kita ini. Kamu sebagai pemberita perlulah beretika kitika menyampaikan berita jangan pakai sedap tulis sahaja. Bertanggungjawab la ...