Berita Harian: Mutakhir

Friday, June 8, 2012

Najib PM yang Amat Perihatin ... TERBAEK!



Air mata depan PM
PUTRAJAYA - Air mata ibu Adam Akbar Ali, Siti Rogayah Syed Ismail tiba-tiba menitis sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersedia membantu mereka sekeluarga mempercepatkan urusan membuat visa bagi menjalani pembedahan di Hospital John Hopkins, Amerika Syarikat. ...
Sebelum itu, Adam menyampaikan sekeping kad ucapan tulisan tangan kepada Najib berbunyi “Salam Datuk Seri Najib. I Love U. Terima Kasih” dan dibalas Najib kepadanya, "Kpd (kepada) Sdr (saudara) Adam Akbar, semoga ALLAH akan memberi Rahmatnya kpd Adik Adam dalam menjalani pembedahan. Saya berdoa adik Adam akan cepat pulih”.
Dalam pertemuan singkat itu, Najib juga meminta Pejabat Perdana Menteri menghubungi pihak Hospital John Hopkins untuk memberi rawatan terbaik kepada Adam.
Beliau juga menyampaikan sumbangan peribadi kepada Adam. - Sinar Harian
Takde apa nak komen hanya Najib seorang PM yang amat perihatin perihal rakyat ... TERBAEK!