Berita Harian: Mutakhir

Thursday, April 25, 2013

Karpal Pulak Kata: "Setuju Guna Logo Pas Bukan Bermakna Setuju Hukum Hudud"


GEORGE TOWN, 24 April - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh pada Rabu menegaskan, keputusan awal parti itu untuk menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) tidak sama sekali bermakna yang mereka bersetuju untuk menerima Hukum Hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS di negara ini.

Kebenaran yang diberikan oleh PAS itu, kata Karpal tidak mengambarkan yang DAP telah berganjak daripada pendirian mereka untuk menolak Hudud.


Menurut Karpal lagi, walaupun PAS telah menjelaskan yang Hukum Hudud hanya akan digunakan ke atas masyarakat Islam sahaja tetapi pelaksanaan dua sistem perundangan khususnya berkaitan jenayah akan mencetuskan konflik dan huru-hara apatah lagi jika ia melibatkan dua orang bukan Islam dan Islam dalam kes yang sama tetapi dibicarakan dalam dua sistem yang berbeza.  

Malah Karpal turut mengingatkan PAS yang Perlembagaan Persekutuan juga tidak memperuntukkan undang-undang untuk pelaksanaan sebuah negara Islam.


“Jika sekali pun PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan, DAP atau PKR tidak akan sama sekali membenarkannya," ujarnya lagi.

SUMBER

p/s: Pulok! N.AJIS nak laksana hudud, PKR dan DAP kata tak nak. Pakatan Rakyat apa bende ni? Ini bukan pakatan rakyat tapi PENIPU RAKYAT!