Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, April 10, 2013

Penerima Bantuan Komputer Bakal Digelar 'Haiwan'


TUMPAT - 9 April - Penerima bantuan komputer riba daripada Barisan Nasional (BN) sepertimana yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bakal disifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nuk Abdul Aziz Nik Mat sebagai haiwan.

'Label' oleh Nik Aziz itu tidak pelik kata Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Mat Arip ekoran Menteri Besar Kelantan pernah mengeluarkan kenyataan serupa kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Saya yakin BN akan dapat melaksanakan manifestonya untuk memberi komputer riba kepada para pelajar. Rekod telah membuktikan bahawa BN telah menunaikan semua janji-janjinya sebelum ini.


"Oleh itu, saya jangkakan usaha BN untuk memberi komputer riba kepada para pelajar akan dipandang remeh oleh Nik Abdul Aziz, dan saya yakin anak-anak kita yang menerima komputer riba itu akan dianggap seperti haiwan seperti mana yang dilakukannya terhadap penerima BR1M," katanya kepada pemberita pada Majlis Ceramah Umum Rahsia Besar Anwar di Kampung Genting di sini, semalam. ... BACA LAGI