Berita Harian: Mutakhir

Thursday, April 4, 2013

Perbentangan Manifesto BN Sabtu Ini

KUALA LUMPUR 4 April - Pembentangan Manifesto Barisan Nasional (BN) akan dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu ini di Stadium Putra Bukit Jalil.
Najib yang sekian lama memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Pekan turut menyatakan akan terus bertanding di kerusi tersebut.
Berbeza dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar kata Najib, beliau akan terus kekal di Pekan dan tidak akan meninggalkan penyokongnya yang banyak membantu.
"Saya tidak pernah terfikir langsung untuk meninggalkan Pekan, itulah kawasan hidup dan mati saya, secara politiknya," katanya kepada media selepas mempengerusikan  Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional di sini, hari ini.
BACA LAGI