Berita Harian: Mutakhir

Monday, July 15, 2013

Persenda Ramadan di laman Facebook: Alvin Tan, Vivian Lee beri kenyataan hari ini


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan pasangan yang mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti umat Islam dalam laman Facebook, memberi keterangan berhubung perbuatan mereka. 
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi mengesahkan Alvin Tan dan Vivian Lee, telah dipanggil untuk merakamkan kenyataan mereka dan membantu siasatan. 

“Kami telah memanggil pasangan itu. Mereka dijangka hadir di pejabat penguatkuasaan SKMM esok (hari ini),” katanya dalam satu kenyataan kepada BERNAMA semalam.

Sensitivi umat islam

Pasangan itu memaparkan gambar di laman Facebook kononnya mereka sedang menikmati makanan tidak halal dengan keterangan gambar ‚Selamat berbuka puasa dengan Bak Kut Teh... Wangi, enak dan menyelerakan!‘

Dalam kes berasingan di laman Facebook lain yang mempersenda bulan Ramadan dengan menyiarkan iklan gambar babi panggang dengan cap logo halal, Mohamed Sharil, berkata pemilik akaun itu bukan rakyat Malaysia dan tidak bermastautin di negara ini. 

Tokoh agama, NGO mahu kerajaan bertindak tegas

“Kita telah melaporkan perkara ini kepada Facebook dan meminta mereka menyekat laman berkenaan atau memadam akaun itu,” katanya.

Beliau juga meminta pengguna Facebook tidak berkongsi paparan atau foto yang menyinggung perasaan sesiapa untuk mengelakkan ia tersebar dan melukakan perasaan orang lain serta melaporkannya terus kepada pengendali Facebook. ... BACA LAGI