SHAH ALAM - Kerajaan memberi jaminan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak akan menggadaikan kedaulatan negara.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pendirian kerajaan dalam rundingan TPP mengambil kira tiga perkara utama iaitu perlembagaan negara, kuasa kerajaan negeri dan dasar negara seperti hak Bumiputera dan perusahaan kecil dan sederhana.
"TPP masih dalam proses rundingan dan belum pasti akan dilaksanakan. Tetapi kerajaan tidak akan menandatanganinya jika TPP akan mengorbankan kepentingan negara," katanya.
Namun, Mustapa turut mengingatkan semua pihak supaya lebih realistik kerana setiap perjanjian perdagangan, sama seperti peraturan lain sedikit sebanyak mempunyai kesan negatif di sebalik manfaat yang diperoleh. ... BACA LAGI