Kemalangan Ngeri DI Genting ... Genting Group juga harus main peranan!
Amat menyedihkan kemalangan yg terjadi di Genting ni. Aku hanya mampu ucap takziah dan mendoakan pada mangsa terkorban dari umat ISLAM agar roh mereka di tempatkan di kalangan orang2 yg soleh.
Tapi aku rasa ambil kemalangan ini sebagai iktibar. Dan Pihak pengurusan Genting juga boleh membantu untuk mengurangkan kejadian begini. Kalau kita tengok benteng di tepi gaung tersebut tidak begitu kuat dan aku rasa pihak bertangunggungjawab boleh membaiki tembok2 yg di dalam lokasi2 sebegitu. Mungkin di buat menjadi lebih kuat atau apa2 sahaja. Kan dah byk teknologi canggih sekarang.
GENTING GROUP yg makan hasil berbilion2 tu apa salah malabur lebih sikit untuk memastikan pelanggan mereka selamat dan dpt lagi "melabur" di Genting Highlands.
Perbaiki dengan teknologi terbaru tembok2 di sepanjang perjalanan ke Genting tu. Aku rasa pihak GENTING GROUP takde masalah nak melabur untuk itu.