Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, September 18, 2013

Dominasi warga asing bukan perkara baru


Isu lambakan warga asing di negara ini bukanlah baru malah ia kian menghantui kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya apabila mereka mendominasi kawasan tertentu.

Di beberapa kawasan di Lembah Klang, warga asing yang kita sendiri tidak pasti statusnya sama ada pendatang tanpa izin, pemegang permit masuk yang sah atau pemilik taraf pemastautin tetap (PR) sudah menjadikan ia perkampungan kecil mereka.

Rakyat Malaysia sedia maklum dan tidak menafikan kepentingan warga asing untuk melicinkan kerja-kerja di sektor pembinaan, pembuatan, perkhidmatan dan pembantu rumah.

Namun yang menjadi kegusaran apabila ada di kalangan mereka yang mula menjadikan kawasan tertentu sebagai perkampungan kecil hinggakan ada rakyat negara ini terasa seperti menumpang di negara sendiri.

Di kawasan perkampungan kecil itu, mereka umpama berada di negara kelahiran sendiri dan kebal dengan undang-undang apabila bebas menjalankan aktiviti seharian seperti mempunyai kedai runcit dan ketua kawasan sendiri.

Ada pula kawasan yang sudah mereka duduki bertahun-tahun lamanya. 

Ternyata lambakan warga asing meresahkan rakyat tempatan kerana secara tidak langsung ia membabitkan juga soal keselamatan.

Ikuti tinjauan dan laporan wartawan Sinar Harian di beberapa kawasan di Lembah Klang yang 'panas' dengan penempatan warga asing. - SUMBER

p/s: Kenapa leh jadi camni? Sedangkan pihak berkuasa tahu hal ini. Nak tunggu berapa ramai warga kita jadi mangsa mereka baru nak bertindak? Di pasar2 penuh mereka2 ni. Bila dah ramai mereka jadi KURANG AJAR! Mereka dah tak hormatkan warga tempatan. Kadangkala dan dah mula tak hormat pihak2 berkuasa. Sampai bila nak jadi camni? Di jajah pulak oleh mat2 INDON, Bangla, Afrika dan Myanmar!!

MEMALUKAN!