Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, September 3, 2013

Papan Tanda Ketepi Bahasa Kebangsaan!


PPIM Kutuk Papan Tanda Ketepi Bahasa Kebangsaan

KUALA LUMPUR 3 Sept - Persatuan Pengguna Islam Malasia (PPIM) hari ini mengutuk tindakan beberapa syarikat dan agensi bertindak  menyiarkan papan tanda yang mengenepikan Bahasa Kebangsaan.

Ketua Aktivisnya, Dato' Nadzim Johan berkata, hasil daripada makluman orang awam dan pemantauan PPIM, didapati masih banyak papan tanda tidak menggunakan bahasa rasmi Negara.

"PPIM menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang terlibat atas kegagalan mereka mematuhi syarat penggunaan Bahasa Kebangsaan di atas papan tanda dan billboard," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengambil contoh garis panduan dan syarakat permohonan iklan papan tanda premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, setiap visual hendaklah mendapat pengesahan Bahasa Melayu yang betul daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Foto - PPIM

P/s: 
Memang aku setuju! Di IPOH ni pun melambak papan tanda bahasa CINA yg langsung takde terjemahan bahasa MELAYU! Dan aku harap kerajaan menetapkan syarat untuk BAHASA MELAYU menjadi bahasa utama dalam iklan2 ini tak bahas CINA besar nak mampus BM nya kecik je. Tapi kalau iklan minuman keras atau yg haram2 tu tak pe la. biar tulisan cina je. Itu pun pastikan tak boleh letak iklan di luar primis perniagaan mereka biar di dalam kedai2 mereka je.

Kerajaan perlu tegas hal2 sebegini. Untuk membuktikan negara ini ialah sebuah negara ISLAM yg berdaulat! Adakah kita perlu takut pada undi mereka sedangkan mereka2 ni tak undi BN pun! Sampai bila kita nak jadi hamba kepada desakan2 mereka?