Berita Harian: Mutakhir

Sunday, March 8, 2009

Demo ANTI PPSMI atau Demo PAKATAN RAKYAT?

Aku hairan kenapa orang Melayu ni senang sangat di peralat? Senang sangat kene tipu! Dari dulu sehingga sekarang kita masih sama. Kita masih membiarkan diri kita di peralat oleh orang lain. Kenapa jadi begini?

Dalam hal Anti PPSMI ini, aku cukup hairan kenapa dengan tiba2 semua parti pembangkang memberi sokongan padu dan mendapat liputan giler2 di semua media pembangkang. Tapi bukan la hairan sangat pun, aku tau la muslihat di sebalik sokongan mereka nih. Cuma fanatik2 Pakatan Rakyat je yang saje2 buat tak nampak muslihat derang nih. Tapi aku betul2 hairan PAK SAMAD SAID seorang sasterawan negara boleh di gunakan oleh Pakatan Rakyat! Kekadang aku tabik gak kat PR nih, dalam bab membelit, menipu, menghasut, menggunakan orang, mencuri kesempatan, merusuh, menderhaka, memaki hamun, nih memang derang NO 1! Kami di Barisan Nasional nih memang kalah ngan PR dalam hal nih. Bayangkan lah, sasterawan negara dapat di gunakan oleh mereka! Walaupun Pak Samad menafikan nya dalam MalaysiaKini. Sedikit petikan dari MalaysiaKi ni:
"Jika masih gagal, ia perlu diterjemahkan dalam pilihanraya, sebagai kuasa yang terakhir.

"Gunalah undi secara bijaksana," kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said kepada Malaysiakini hari ini.
Gabungan Mansuhkan PPSMI atau GMP ni benar2 ke nak mempertabatkan Bahasa Melayu? Atau ada udang di sebalik batu? Agak nya kenapa lah nak buat demo tu masa ni? Kenapa dah hampir 6 tahum PPSMI di laksanakan baru sekarang nak buat demo besar2an lak? Pak Samad dan Datuk Dr Hassan Ahmad sepatutnya lebih ikhlas dalam memperjuangkan Bahasa Melayu. Apa agaknya yang GMP akan dapat jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara? adakah GMP fikir mereka (Pakatan Rakyat) akan memperjuangkan Bahasa Melayu sedangkan HAK ORANG MELAYU pun Pakatan Rakyat TIDAK perjuangkan! Jika Orang Melayu itu sendiri tak di perjuangkan, masakan mereka akan memperjuangkan BAHASA MELAYU! Tolong lah Pak Samad fikir tentang hal ini. Pak Samad tidak harus membiarkan dirinya di peralatkan oleh PR. Sedih! Cukup SEDIH!

Pakatan Rakyat sememangnya menunggu peluang2 sebegini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka lah HERO yang nak pertahankan BAHASA MELAYU! Mungkin fanatik PR boleh terima pendekatan mereka ini. Tapi kami rakyat Malaysia yang waras tak sebodoh yang PR sangka. Kami tahu motif anda. Pak Samad sepatutnya menggunakan pendekatan lebih profesional dalam menangani hal PPSMI ini. Kita perlu ingat, apa pun keputusan yang pihak kerajaan buat, pastinya tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Ini Pak Samad perlu terima. Ini hakikat! Semua tindakan yang kita ambil, pasti nya ada kebaikan dan keburukan. Apa salah nya Pak Samad atau GMP berbincang dengan kementerian terbabit dan perbaiki kelemahan yang ada pada PPSMI? Adakah pihak kementerian perlu ikut cakap Pak Samad bulat2? Adakah Pak Samad rasa tiada langsung kebaikan dalam PPSMI?

Saya sendiri ada anak yang agak lemah dalam BI, memang ujud sedikit kesukaran untuk mempelajari Math dan Sains, jadi saya pastikan anak saya mempelajari BI lebih sedikit dari subjek lain. Dan hasilnya alhamdullilah, dia dah memperbaiki BI nya dan secara tak langsung memperbaiki Math dan Sains nya. Mungkin timbul sedikit masalah untuk pelajar Melayu di luar bandar, jadi di sinilah GMP boleh berbincang dengan kementerian cara untuk memperbaiki PPSMI nih. Bukan dengan cara bersekongkol dengan Pakatan Rakyat dan menjadikan perarakan ANTI PPSMI kepada perarakan politik! Lihat sahaja lah sapa yang ramai hadir pada hari demo tuh. Semua samseng2 PR turun padang, sampai POLIS pun derang belasah! Inikah cara Pak Samad nak memperjuangkan Bahasa Melayu? Pak Samad boleh bersekongkol dengan orang yang hendak menghapuskan BANGSA MELAYU demi BAHASA MELAYU? Apa ni Pak Samad?!?!?! Melayu kalau takder, boleh kah bahasa nya terus gemilang? Fikirlah Pak Samad siapa yang nak menghapuskan Melayu? PAS terang2 taknak memperjuangkan HAK ORANG MELAYU, mereka hanya nak perjuangkan ORANG ISLAM KONON NYA! DAP dan PKR memperjuangkan ORANG MELAYU? Adoyai Pak Samad! Aku rasa orang kampung yang tak sekolah tinggi pun boleh nampak hal nih, kenapa tidak Pak Samad?

Bukan menuduh, tapi nampaknya Pak Samad memPOLITIKkan GMP nih. Pak Samad berkempen untuk PR secara terselindung. Tak best la cam ni Pak Samad! Sebab Barisan Nasional memerintah Malaysia ni lah BAHASA MELAYU terus kekal sebagai bahasa rasmi negara. Lihat je la di PENANG tu Pak Samad. Bahasa Melayu kat mana letak nya di sana? Jika Pak Samad ni orang PR sekali pun, janganlah gunakan Bahasa Melayu sebagai mainan untuk berkempen. Pak Samad lebih baik dari itu. 

Banyak lagi sebenarnya nak tulis, misal nya hal budak2 di bawak ber demo, ishhh tapi dah ngantuk. Tapi aku rasa sapa2 yang baca tulisan aku nih tentu paham maksud aku.

HAK ORANG MELAYU pun di perlekeh dan di nafikan oleh PAKATAN RAKYAT, tiba2 mereka nak MEMPERJUANGKAN BAHASA MELAYU?!?!?!?!?!