1) Hak sultan panggil sidang DUN
Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, terpulang kepada Sultan Perak untuk menentukan masa yang sesuai bagi memanggil persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN). Semestinya la, dan si V SIVAKUMAR akan menerima nasib yang sgt malang pada hari itu, sebab beliau semesti nya di lucutkan dari jawatannya melalui usul dan undi dari ADUN. Selamat Jalan V SIVAKUMAR, lain kali di harap hang belajo sikit hormat kat TUANKU SULTAN .. PAHAM tak en kumar! DAULAT TUANKU! Kami hamba rakyat berdiri teguh di belakang TUANKU! Kesetian kami hak TUANKU!
DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
2) Marah jangan sampai caci, hina
Itulah seruan Datuk Seri Harussani Zakaria kepada kita semua.Datuk Seri Harussani Zakaria, bukanlah suatu nama yang asing bagi umat Islam di Malaysia. Sebagai Mufti Perak, beliau sentiasa ‘panas’ dan diseliputi kontroversi. Semuanya kerana sikap tegas beliau dalam memberikan pandangan berkaitan pelbagai isu agama.
Inilah serba sedikit yang aku ceduk dari wawancara UTUSAN MALAYSIA dengan Datuk Seri:-
HARUSSANI: Saya terima semua ini sebagai salah satu ujian daripada Allah SWT. Lalu saya hanya bersabar. Saya sentiasa ingatkan firman Allah yang bermaksud: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (al-Ankabut: 2-3)
Cacian dan cakap-cakap yang mengeji itu tidak pernah mengganggu fikiran saya. Hidup saya, tidur saya, ibadat dan kerja harian pun tidak terjejas.
Saya juga tidak pernah mengadu pada Allah atau mendoakan keburukan ke atas orang Islam yang melakukannya. Malah, saya mendoakan agar Allah memberi petunjuk kepada kita semua dan umat Islam bersatu. Saya juga tidak pernah berdendam walaupun jika saya kenal orang yang melakukannya. Lebih-lebih pun saya kata, “awat hang kata lagu tu”.
Adakah betul tindakan sesetengah orang Islam mendoakan kerosakan dan kemusnahan kepada orang Islam lain terutama seteru politik mereka?
HARUSSANI: Perbuatan sedemikian adalah dilarang oleh Islam. Kita tidak boleh berdoa meminta kerosakan ditimpakan bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada orang kafir yang tidak memusuhi Islam. Yang dibenarkan oleh syarak ialah mendoakan Allah musnahkan golongan kafir yang memusuhi Islam. Perbuatan sebegini hanya memecah-belahkan masyarakat dan menggalakkan berlaku permusuhan.
Bukankah kita ini bersaudara sesama Islam. Lihatlah ayat Allah yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu damaikanlah kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (al-Hujurat: 10).
Memanglah politik dibenarkan oleh agama. Politik adalah cara kita mentadbir kehidupan dan kerajaan. Kadang-kadang perbezaan pendapat dan percanggahan fahaman itu adalah bagi tujuan perbahasan bagi mencari kebaikan.
Perbezaan itu bukan untuk berpecah-belah. Jika berlaku demikian, ia adalah kesalahan yang cukup besar. Rasulullah ada bersabda yang antara lain maksudnya, Bandingan kasih sayang antara sesama Mukmin itu adalah ibarat satu bangunan. Maka kita tidak boleh menyakiti antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi jika perbuatan tersebut natijahnya membawa kepada kita bersekongkol dengan golongan kafir dan memburukkan Islam.
Kita wajib berkasih sayang bukan sahaja sesama manusia hatta kepada binatang pun. Tetapi nampaknya, orang kini lebih suka dan mencintai binatang daripada sesama manusia.
Fikir-fikirkan lah.
3) Nik Aziz cabar Ibrahim Letak Jawatan
Sedikit dari Utusan Malaysia:
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak bimbang jika Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletakkan jawatan malah mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil.
Nik Aziz yakin Ibrahim tidak akan memperoleh kemenangan atau majoriti sebesar yang diperoleh dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu jika tidak kerana sokongan daripada anggota Pas.
Hai, aku tak paham perangai NIK AZIZ nih. Sepatutnya dia yang letak jawatan, dah tua sangat, kasik la pelapis ko tu. Sudah2 la tu, kuasa dunia ni tak kemana pun. Takkan ko tak percayakan pelapis-pelapis ko. Atau PAS memang takde pelapis untuk mengganti si tua NIK AZIZ? Kalau lawan sikit cakap dia , suruh letak jawatan, ini lah cara PAS, cakap mereka tak leh di bangkang! Lu ingat lu sapa nak cabar2 orang? Wahai orang2 PAS semua, sedarlah diri sikit, korang di sokong pun oleh orang UMNO yang berpaling tadah dan yang ada masalah dalaman dengan UMNO masa pilihanraya umum yang lepas. Tapi kini kami dah bersatu kembali, jaga2 la korang masa pilihanraya umum akan datang.