Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, February 25, 2009

Angkatan Muda PKR Guna LEMBU Arak Laporan Rasuah


Malaysiakini.com
Jimadie Shah Othman Feb 24, 09 3:49pm

Angkatan Muda PKR (AMK) akan menggunakan lembu bagi membawa laporan rasuah untuk diserah semula kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata laporan tersebut pernah diserah kepada SPRM sebelum ini tetapi tidak diambil tindakan. Menurutnya, tindakan itu adalah sebagai tanda sindiran kepada SPRM supaya "tidak dicucuk hidungnya".

"Jangan menumpukan siasatan kepada (isu) 'lembu korban PKNS' sedangkan sudah puluhan laporan kita buat, termasuk melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak pernah disiasat secara serius," katanya.

Bulan lalu, Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak), Mohd Nazree Mohd Yunus membuat laporan kepada SPRM mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan dana negeri untuk menaja 46 ekor lembu korban untuk masjid dan surau di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakilinya ketika Hari Raya Korban Disember lalu. Jumaat lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan dilaporkan berkata, terdapat bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut. Menurut Ahmad Said, kertas siasatan sudah siap dan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara tidak lama lagi.

'Hilang harapan'

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Shamsul berkata, perhimpunan itu akan diadakan di SPRM Selangor di Shah Alam pada jam 2 petang esok. Katanya, Pemuda PKR akan berarak ke pejabat SPRM dengan lembu tersebut untuk menyerahkan dokumen berkenaan. Tambahnya, perarakan itu bertujuan menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid dan meminta SPRM menyiasat aduan rasuah yang melibatkan pemimpin Umno. Katanya, dokumen aduan dan bukti yang pernah dikemukakan kepada suruhanjaya itu akan dijilid dan diletakkan di atas belakang lembu itu untuk diarak dan diserahkan kepada SPRM.

Ditanya dari mana datangnya lembu itu, Shamsul secara berseloroh berkata: "Ia dipercayai anak daripada salah seekor daripada 46 ekor lembu korban yang ingin menuntut bela."

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Saharin akan mengepalai beberapa penyokong Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bagi membakar membakar dokumen aduan dan bukti yang pernah dikemukakannya kepada suruhanjaya itu, di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 11 pagi esok. Menurut Badrul, tindakan itu dirancang sebagai tanda amaran keras "rakyat Malaysia sudah hilang harapan kepada SPRM". Katanya, secara peribadi, sejak tahun 2000, sudah 87 laporan dibuat kepada BPR dan SPRM tetapi tidak memberi apa-apa kesan.

"Kalau dikumpulkan semua laporan dan bukti-bukti itu, sudah boleh sampai tiga kotak (kertas) A4," katanya.


KOMEN AKU:

Ini menunjukkan sikap sebenar budak2 Pakatan Rakyat umumnya dan PKR khasnya. Sikap menyindir bila sesuatu keputusan tak menyebelahi mereka. Sebagai KETUA Angkatan Muda PKR, sepatutnya Shamsul Iskandar Md Akin paham bahawa adakah setiap laporan yang di terima oleh SPRM perlu berakhir di mahkamah? 87 laporan yang kamu buat tu, adakah semua nyer mempunya bukti yang kukuh dan sah? Adakah pihak SPRM WAJIB menerima semua laporan2 kamu tu En Shamsul? Kene pakai cakap kamu bulat2? Kalau ini kita amalkan, jawabnya semua orang2 Barisan Nasional termasuk lah TUKANG KEBUN sekolah anak aku ( org UMNO tuuu! cayalah pakcikk! ) akan duduk dalam penjara! Sebab kamu budak2 PKR ni dah terkene sumpahan si ANWAR IBRAHIM, sumpahan yang membuatkan kamu sentiasa nampak semua orang SALAH! melainkan orang itu dari kaum kamu!

Sebagai ketua pemuda PKR, aku rasa semasa berarak dgn lembu tuh, baik kamu semua penyokong2 yg ikut nanti pakai baju lembu, sebab korang nyer pemikiran memang cam lembu! Lembu ada otak beb! sapa kata takder otak! Pada yg suka, buat rendang sedap otak LEMBU nih! Itu je kebaikan otak LEMBU. Tapi aku heran, kenapa masa orang-orang UMNO atau Barisan Nasional yang di ambil tindakan oleh SPRM, kamu tak pulak kata BAGUS SPRM! TAHNIAH! Kenapa sekarang bila KHALID nak di hadapkan ke mahkamah sebab kisah "LEMBU" nya, tiba-tiba kamu muncul sebagai HERO LEMBU? Seperkara lagi untuk En Badrul Hisham, lain kali tolong betulkan ayat kamu masa buat statement "rakyat Malaysia sudah hilang harapan kepada SPRM" Siapa kamu? Sapa lantik kamu sebagai jurucakap Rakyat Malaysia? Jangan la perasan beb. Ayat yang patut kamu gunakan, En Badrul ialah "PAKATAN RAKYAT sudah hilang harapan kepada SPRM" Faham tak En Badrul Hisham Saharin? Harap-harap paham la cakap aku ni, kamu bercakap bagi pihak Pakatan Rakyat bukan RAKYAT MALAYSIA! Rakyat Malaysia rata-rata tak berfikiran CETEK cam korang. Ada paham? Buat malu aku je, nak jadi wakil aku kunun! PORAHHHH!

Pakatan Rakyat sememang nya camni, bila org kene TEPUK TANGAN kuat-kuat! Bila kene BATANG IDUNG korang sendiri, MELENTING!!! hehehe Yang salah tetap salah En Shamsul oiii, tak kira la PKR ke, PAS ke, DAP ke, UMNO ke, MIC ke, MCA ke!! Kalau Khalid dah memang salah guna kuasa, korang patut berterima kasih kepada SPRM sebab menyedarkan korang bahawa PEMIMPIN PKR tu tak amanah! Nasib baik baru LEMBU dan KERETA dia, kalau di biarkan lama-lama habis NEGERI SELANGOR di gadai nya! Masa tu kamu EN SHAMSUL nak berarak apa lak? Atau kamu memang suka orang yang TAK AMANAH menjadi pemimpin kamu (PKR)?