Wow sekarang ni kita ada satu lagi budaya baru dalam arena politik negara, iaitu BUDAYA SAMAN MENYAMAN ! Memang dulu pun ada, tapi sejak kebelakangan ini, Mahkahmah2 di Malaysia TERLALU SEBUK sebab byk tul org2 politik memfail saman2 mereka! Menang SAMAN! Kalah SAMAN! Seri SAMAN! Cakap SAMAN! Diam SAMAN! Makan SAMAN! Minum SAMAN! Rasuah MEMANG PATUT SAMAN! Tidor SAMAN! Naik menyampah aku baca dalam paper! Tak habis-habis!
Tak boleh ke korang para wakil ADUN dan PARLIMEN bawak berbincang atau selesaikan cara lain selain saman-menyaman nih! Sian lak Hakim2 kat Mahkamah tuh, dah la byk kes tertangguh belum selesai, nak masuk lak kes baru belambak cam giler. Tak campur kes-kes bunuh la, dadah la, cetak rompak la, artis la. Waaaaaaa baru aku tau betapa susah nyer kerja jadi HAKIM nih!
Tapi sorang je yang untung kalau byk saman-menyaman nih .... PEGUAM LA!! Wahhhh derang masyuk beb! 1 kes berapa charge tuh! waaahhhh, patutla lawyer2 semua kaya2, tambahan peguam2 Pakatan Rakyat! Derang paling untung sebab PR tak habis2 saman sana-sini! kalau 1 hari 1 kes pun, setahun dah 365 kes! wow! Tapi kekadang aku tgk 1 hari sampai 2 3 kes! waaahhhhh!
Satu soalan aku nak tanyer, soalan sama cam sudah2 ... BILA MASA KORANG (ADUN & PARLIMEN) BUAT KERJA???? Kalau dah asyik berulang alik ke mahkamah je! Rakyat apa jadik??? Aku kene ulang bende ni sampai kepala beku derang tu dapat di cairkan dan paham apakah tujuan orang melantik derang sebagai WAKIL RAKYAT! Nama pun WAKIL RAKYAT, makna nyer korang wakil kami! Kami bukan undi korang untuk saman sana-sini! Kami undi korang untuk korang membangunkan kawasan yang korang wakili! Untuk menjaga kebajikan dan hak kami!
Korang semua dah PECAH AMANAH! Amanah yang kami beri, korang tak laksanankan! Korang lebih pentingkan diri sendiri dari kami rakyat yang meletakkan korang di situ! Tolong paham la kehendak rakyat!!!