Ingat dah selesai kes nih, rupanyer belum lagi. Bekas Ketua Polis Negara dulu, Tan Sri Rahim Noor pun dah minta maaf secara terbuka dan kes tersebut dah selesai luar mahkamah. Masih tak puas? Tak puas atau cuba alihkan perhatian rakyat tentang KHALID yang salah guna kuasa? Hehehehehe macam2, aku dah cakap dlm post aku yg lepas, Pak Nuar Kilang Kunyit ni akan menyerang balas tindakan yang di ambil terhadap KHALID dan lembu-lembunya tuh. Kan betul, tapi "lame" tul ko ni Pak Nuar Kilang Kunyit. Dah takder isu lain ke nak di mainkan, bukak balik buku lama-lama yek. Sianzzzzz aku tgk Pak Nuar ni, hidupnya mesti sentiasa gundah gelana. Kepala nya tak pernah tenteram, asyik memikirkan camne nak meracun pemikiran rakyat dan SAPA LAGI AKU NAK SAMAN NIH!
Semalam SPRM dah cukup bukti, dan akan serah kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara secepat mungkin. Sebagai serangan balas, semalam juga Pak Nuar membuat laporan polis ke atas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang konon nya terbabit dalam pemalsuan bukti dan siasatan kes ‘mata lebam’ membabitkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor 11 tahun dulu. Hmmm apa nak di kata lagi, tu la aku cakap Pak Nuar ni bila masa kerja untuk rakyat? Orang-orang Permatang Pauh rasanya sangat gembira dan bangga dengan pemilihan mereka ini. Betul ke? Saya sendiri hairan kenapa org2 Permatang Pauh nak sangat Pak Nuar jadi wakil mereka? Untuk apa? Korang nak wakil rakyat yang boleh membangunkan tempat korang atau korang nak wakil rakyat yang kerjanya MENYAMAN dan MEMBUAT LAPORAN POLIS KEPADA SEMUA MUSUH-MUSUHNYA?!!?!!? Orang Permatang Pauh telah silap memilih! Kesian ...
Cuba korang fikir dan lihat, apa yang ANWAR IBRAHIM sumbangkan untuk pembangunan negara kita sejak beliau menjadi pembangkang dan wakil rakyat? Apa? Kalau ada dalam Rekod Negara, orang paling banyak menyaman dan membuat laporan polis, semestinya ANWAR IBRAHIM memegang rekod tu dan takkan ada orang lain boleh mengalahkan dia!
Sudah-sudah lah Pak Nuar, kami simpati jugak ko kene belasah dulu, tapi sudah-sudah lah, dah naik muak la! paham tak?!?!?!
Biarkan ANWAR IBRAHIM Dengan Mata Lebamnya .... Biar Kan ... Biar Kan ...