Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, February 18, 2009

Bermula Lah Lakonan Pakatan Rakyat


Sejak semalam aku terkejut dengan tindakan Pakatan Rakyat Selangor dan hari ni di Kedah. Di selangor, si Khalid tiba-tiba pulak nak mengadap Tuanku Sultan Selangor untuk mendapatkan nasihat dan pandangan Tuanku berkenaan tawaran perletakan jawatan si Eli Bogel tuh. Hairan!!! Kenapa masa nak buat Projek Kandang babi Terbesar dulu tak mintak nasihat Tuanku? Kenapa masa nak beli Camry untuk kegunaan EXCO Selangor tak mintak nasihat Tuanku? Hairan ...

Hari ini pulak di Kedah si Azizan lak buat gempak, bila mengatakan semua EXCO Kedah akan memotang 5% dari gaji mereka dan di dermakan ke Tabung Tunku Mahmud, sebuah tabung kebajikan yang diuruskan oleh kerajaan negeri. hmmm kenapa sekarang? Kenapa tak dari mula memerintah Kedah dulu? Aku tak menuduh, tapi musykil kenapa tiba2 kerajaan PR ni begitu baik sekali! Adakah kerana ini langkah2 awal untuk menghadapi pilihanraya kecil nanti? Tak menuduh pun, tapi cam nampak sangat. Duit gaji yang nak di potong tu, harap2 tak di salahgunakan. Manalah tau TERGUNA untuk pilihanraya yang akan di adakan nanti. Bukan apa, kalau BN buat kutipan tabung apa2 pun, pasti org2 PR akan mengatakan duit tu nanti akan di salah guna kan. So sekarang aku pun teringin nak cakap camtu kat Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat ni perangai derang semua org tau, cuma pengikut2 mereka yang fanatik jer yang tak mahu terima hakikat jika derang buat salah. So untuk budak2 PR yang terbaca tulisan aku nih, aku betul2 harap korang berfikir dengan minda yang terbuka. Pakatan Rakyat di ambang kejatuhan, dan sebab itu mereka mula berbaik2 dengan rakyat dan sudah mula membodek2 Sultan. Manalah tahu, kerajaan Selangor pulak akan tumbang seterusnya kan.

Tapi ingatlah wahai org2 PR, kami rakyat takkan lupa DERHAKA yang korang lakukan. Kami juga takkan lupa bagaimana korang pinggirkan orang2 Melayu dan melebih2kan org cina dan india. Kami juga takkan lupa semua janji2 korang masa pilihanraya umum lepas, yang sehingga kini tak tertunai!

Lakonan korang sama macam drama yang dah di ulang tayang 200 kali di TV. Orang dah tahu jalan cerita nya. Dan pengarah korang iaitu ANWAR IBRAHIM sepatutnya korang ganti dengan pengarah lain je. Pak Nuar korang tu tau nak buat cerita2 pergaduhan, demontrasi, memfitnah dan cerita2 yang bodoh2 dan sewaktu dengan nya jer. Carik la pengarah lain yang lebih berwibawa dan lebih membawa pembangunan dari kehancuran negara kita nih!