Berita Harian: Mutakhir

Monday, February 9, 2009

DERHAKA!

wahhh, panas-panas-panas, baca akhbar dari sejak kes lompat parti di Negeri Perak aku yg tercinta nih. Heran tul. Kenapa di sebabkan kuasa, orang sanggup buat apa sahaja? hmmm kata parti ISLAM, tapi kenapa jadi camni? Sejak kecoh dua org YB PKR yang di katakan letak jawatan tuh, politik di Perak kelam kabut! kalut! dah jadi cam citer wayang lak. Politik kebudak-budakkan. Sepatutnya ahli politik lebih bersikap profesional. bukan cam budak2.

Apa yang di kejar sebenarnya? perjuangan atau kuasa? aku mintak semua parti politik tolong lah kaji semula apakah perjuangan sebenar parti korang. adakah kuasa yang di perjuangkan? kenapa sampai sanggup MENDERHAKA terhadap Baginda Sultan Perak hanya kerana mahukan kuasa? Kalau anda percaya kami Rakyat Perak sudah tahu menilai mana baik dan buruk, kenapa perlu kalut camni? biarkan Bn memerintah sebagaimana yang di arahkan oleh Tuanku, korang di pihak pembangkang pulak, hanya perlu membuat yang terbaik untuk rakyat yang anda wakili, insyaallah, jika anda benar2 di pihak benar, pilihanraya umum akan datang akan jadi milik anda. Kenapa perlu nak protes sana-sini, buat kecoh sana-sini nak tunjuk samseng?

kita dah di tahun 2009! sekarang bukan zaman nak berprotes! sekarang siapa yang rajin dan bijak akan maju kehadapan, bukan siapa yang berani nak jadi penDERHAKA! Sedarlah, wahai rakyat perak, Tuanku melantik MB baru pun orang Islam, apa yang kita sesama Melayu Islam ini berkelahi cam nak rak! Bangsa lain bertepuk! bersorak! terguling-guling keseronokan melihat kebodohan kita!

Sedarlah wahai rakyat perak! sedarlah Melayu!

p/s:
sepatutnya anda semua (Yang Berhormat) membuat kerja masing-masing dan hentikanlah berpolitik sepanjang tahun ini! kami dah muak! Anda di lipih oleh rakyat untuk berkhidmat sebagai wakil kami, sebagai suara kami bukan untuk kepentingan anda sendiri! Buat kerja! Jangan menggunakan ahli-ahli parti anda yg fanatik untuk menimbulkan huru hara di perak! Mari sama-sama berkhidmat dan lakukan tanggungjawab anda.

Anda di pilih untuk berkhidmat bagi pihak kami! Tolonglah! cukuplah! jagalah maruah bangsa dan agama aku. Sampai bila aku nak berkelahi sesama sendiri? Adakah anda semua (AHLI Pakatan Rakyat) anggap Sultan Perak sebagai Raja yang ZALIM dan wajib di tentang? Adakah Sultan Azlan zalim dengan memberi kuasa memerintah kepada wakil parti yang memegang majoriri? Adakah Sultan Azlan zalim kerana memilih MB dari bangsa Melayu dan beragama ISLAM? Adakah anda semua di negeri Perak ini tidak dapat beramal ibadat dengan hati yang tenang dan asyik risau ada bom akan meletup ketika anda bersembahyang si masjid2 di sini?

aku telah hidup dgn aman damai selama ini, marilah teruskan kedamaian ini. janganlah hanya kerana mengejar kuasa, anda sanggup mengorbankan keamanan di negeri perak ini dan MENDERHAKA kepada Raja!!. Fikirkan lah.