Aku dah bosan giler dgn keadaan politik di Perak nih! Tolonglah! kami hamba rakyat dah tak larat nak tgk bende2 merepek nih! Seperti yang aku cakap sebelum ni, ini waktu untuk memulakan kerja! kami nak carik makan! kenapa nak musnahkan ekonomi Perak semata-mata untuk menjaga kepentingan kuasa korang! Kami rakyat yang tersepit di tengah2 dan mendapat bahana nya!
Kita ada undang-undang yang saya rasa merangkumi segala hal atau masalah yang berlaku di negeri kita nih. Buat je la ikut undang2. Sedih sungguh aku tengok apa yang terjadi kat Perak nih. Kenapa korang semua ( UMNO, MIC, MCA, DAP, PKR, PAS dan lain-lain parti) tak mahu paham dan mendengar rayuan dari rakyat?!?!?!?! Apa yg perlu kami lakukan untuk membuatkan korang semua berfikir?!?!?!? Kami ada keluarga untuk di beri makan! dah byk kali aku sebut hal nih! Kami jadi mangsa pergolakan politik korang! Apa dosa kami? Aku harap minggu ni akan byk perkara yang dapat korang selesaikan demi kami semua rakyat Negeri Perak.
Sedang keadaan ekonomi dunia jatuh teruk, korang tambah lagi derita kami dengan kerakusan kuasa dunia! Aku benar-benar berharap, PADUKA TUANKU SULTAN PERAK dapat memanggil semua ADUN2 di PERAK nih, dan buatkan satu keputusan yang berpihak kepada RAKYAT TUANKU! Kemelut ini dapat di selesaikan jika semua ADUN yang KAMI LANTIK ini berfikiran terbuka dan lebih mementingkan kebajikan rakyat dari diri sendiri!
Untuk ADUN2 di Negeri Perak ini, tolonglah! TOLONG LAH!!! Aku merayu bagi pihak semua rakyat Perak, TOLONGLAH fikirkan kebajikan kami dan bukan diri kamu semua! Kamu semua berada di situ dengan title Yang Berhormat atas lantikan atau pemilihan kami!!! Aku rasa aku bercakap bagi pihak sebahagian besar Rakyat Perak yang mahukan keamanan dan bukan nya huru hara seperti sekarang!
Fikirkanlah ... dan buat lah keputusan dengan segera samada korang nak mengharmonikan Rakyat Negeri Perak atau MEMBUNUH KAMI hanya kerana kuasa dunia yang korang idamkan!