Sejak kebelakangan ini saya lihat rata-rata blogger Pakatan Rakyat dan ahli-ahli politik kedai kopi mereka sibuk mengatakan yang ADUN Negeri Perak akan di bubar tidak lama lagi. Saya dengan ini hanya mahu memberi pandangan, peringatan dan nasihat kepada Dr Zambry. Harapan saya agar pandangan ini dapat sampai kepada beliau.
Kami Anak Jati Melayu Negeri Perak mahu kepimpinan negeri (Barisan Nasional) yang di ketuai oleh Dr Zambry selaku Menteri Besar Perak Darul Ridzuan MEMPERTAHANKAN kedaulatan undang-undang dan menunaikan sumpah yang telah anda lafazkan di hadapan Paduka Seri Sultan Perak semasa anda di lantik sebagai Menteri Besar Perak tempoh hari. Kami tidak mahu anda TUNDUK kepada desakan-desakan dari Pakatan Rakyat yang mahu ADUN Negeri Perak di bubarkan! Anda telah di beri mandat oleh TUANKU untuk menerajui kepimpinan Negeri Perak ini, jadi anda lakukanlah kerja anda. Jika anda tunduk dengan desakan mereka (membubarkan ADUN), maka anda juga telah MENDERHAKA kepada PADUKA SERI SULTAN PERAK! Baginda mengharapkan anda memimpin negeri ini ke arah yang lebih baik, jadi lakukan lah! Jika anda ikut desakan mereka untuk membubarkan ADUN, lebih baik dari awal lagi PADUKA SERI SULTAN PERAK mengizinkan NIZAR membubarkannya, tak timbul pun kekecohan ini. TUANKU tidak mengizinkan pembubaran itu kerana Baginda yakin dengan Barisan Nasional yang telah memerintah negeri ini sejak dulu lagi.
Jangan di layan kerenah dan tektik-tektik kotor PR. Mereka takkan berhenti dari menimbulkan tohmahan dan penipuan serta kekacauan demi mencapai hasrat mereka untuk kembali memerintah negeri kita ini. Mereka juga sanggup MENGGADAI AGAMA DAN BANGSA demi kepentingan mereka sendiri! Jadikan usaha gigih dan keTAMAKan mereka itu satu dorongan untuk anda bekerja lebih kuat@gigih demi kebajikan rakyat negeri ini. Jangan pula kita yang terikut-ikut rentak tarin BUSUK mereka! Rakyat Perak bukan BODOH! kami tahu menilai. Anda hanya perlu bekerja keras untuk meyakinkan rakyat bahawa anda benar2 layak menerajui negeri ini.
Mulakan pembangunan negeri kita ini, jalankan projek2 rakyat dengan segera. Ayuh turun padang! Jangan hanya turun padang ke Bukit Gantang sahaja, tapi keseluruh pelusuk negeri ini! Para ADUN dan EXCO Negeri Perak, mari turun padang!! Lihat sendiri apa terjadi kepada rakyat. Tunjukkan sikap rajin bekerja anda. Jangan tunggu bila ada pilihanraya baru nak turun padang! Sekarang ini, mari ... pergi ke Grik, Hulu Perak, Changkat Tin, Hutan Melintang, Sungai Rokam, Rapat Setia, Gunung Rapat, Kuala Kangsar, Sauk, Kampung Gajah, Batu Gajah, Buntong, Dinding, Parit, Sg Siput, Tg Rambutan, Teluk Intan, Sitiawan, Bagan Datoh, Kampar, Tapah, Sungkai, Tapah Road, SELURUH PELUSUK NEGERI!! Rakyat akan lebih menghargai, menghormati dan mengingati jasa anda jika anda sendiri BERJIWA RAKYAT!
Pihak pembangkang mahu anda mengikut rentak tarian BUSUK mereka, adakah anda mahu memberi kepuasan itu kepada mereka? Biar mereka dengan KERAJAAN POKOK mereka. Biar mereka canang keserata dunia bahawa NIZAR ialah MB Perak, biarkan. Yang penting anda buat kerja anda sebagai Menteri Besar. Kami taknak tengok muka anda keluar di akhbar dengan memberi komen mengenai tindakan pembangkang sahaja, kami mahu lihat anda buat kenyataan akhbar mengenai pembangunan negeri, projek rakyat, pelabur baru dan yang sewaktu dengannya. Lambat laun rakyat yang membangkang kerajaan sekarang akan nampak kebaikan anda walaupun pemimpin atasan mereka buat-buat tak nampak.
Percayalah, KEBAIKAN AKAN MENGATASI KEJAHATAN !! ALLAH senantiasa bersama mereka yang benar!