Amat mengecewakan bila PAS yang kononya sebuah parti yang berlandaskan ISLAM tetapi masih tak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah tewas di Perak. Lebih mengecewakan bila mereka MENYALAHKAN PADUKA SERI SULTAN PERAK di atas segala kekecohan yang berlaku di Negeri Perak sejak Pakatan Rakyat TUMBANG tempoh hari.
HARAKAH DAILY hari ini (Jumaat, 6 Mac 2009) masih membangkit kan isu ini dan mereka telah mendapatkan pendapat@komen beberapa orang peguam seperti Dato Param Coomaraswamy dan Dato Ambiga Sreenivasan. Antara komen Dato Param Coomaraswamy "Krisis yang berlaku di Perak sekarang tidak akan berlaku sekiranya DYMM Sultan Perak berkenan membubarkan dewan pada 5 Februari lalu," Soalannya siapakah dia untuk mempertikaikan keputusan yang telah di ambil oleh TUANKU SULTAN PERAK? Keputusan itu adalah hak mutlak SULTAN PERAK! Adakah ujud kezaliman di sini sehingga orang Melayu sendiri berani dan amat kurang ajar MENDERHAKA kepada PADUKA TUANKU SULTAN PERAK? PADUKA SULTAN PERAK membuat keputusan atas dasar Barisan Nasional mendapat sokongan majoriti di kalangan ADUN2 Negeri Perak. Dan Dato Ambiga Sreenivasan harus ingat siapa SULTAN AZLAN SHAH sebelum bergelar SULTAN PERAK. Walaupun ini pendapat Ambiga, tetapi PAS wajib bertanggungjawab kerana HARAKAH yang mencetak dan mengedarkan berita ini! Jadi secara tidak langsung ini adalah juga pendapat dan komen dari PAS sendiri!
PAS menunjukkan sikap suka bermain api dan suka membuat provokasi bila meminta peguam dari bangsa lain membuat kenyataan mengkrikit keputusan PADUKA SULTAN PERAK. Siapa sebenar nya yang menghuruharakan Negeri Perak ini? Semasa Barisan Nasional kalah tempoh hari, adakah BN menggunakan pelbagai tipu helah atau permainan kotor seperti yang di lakukan oleh Pakatan Rakyat sekarang? PAS amat mengecewakan orang-orang Melayu di negeri ini! PAS membiarkan dirinya di tunggang oleh DAP. PAS sehingga sekarang masih membiarkan diri mereka di tunggang dan di pergunakan oleh DAP dan PKR. Kami orang Melayu di Perak hilang kepercayaan terhadap PAS. PAS dan Pakatan Rakyat tidak dapat memperjuangkan nasib kami orang-orang Melayu di Perak. Dan KESILAPAN kami di pilihanraya umum tempoh hari tak mungkin akan berulang! TIDAK MUNGKIN!
Aku menyeru dan berharap agar orang2 PAS dapat menerima hakikat dan berhentilah dari terus bermain2 dengan api. Seperti yang aku sering katakan, INI MASA UNTUK BEKERJA! Tolongalah pergi kerja!!! Kami rakyat jelata nih, bangun pagi2 hantar anak pergi sekolah, pergi kerja untuk cari rezeki, ambik anak balik sekolah, pergi kerja balik, hantar anak tuisyen dan seribu satu macam kerja nak di lakukan! Anda semua orang2 Pakatan Rakyat bangun tido je, sebuk memikirkan apa lagi kekecohan nak di lakukan di negeri kami nih! Sudah sudah lah tuh! dah muak kami lihat bende nih! Tunggu je la pilihanraya umum akan datang!