Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, March 4, 2009

Kegilaan Kuasa Dunia!

Astarafillulah, Apa dah jadi di Perak Yop oiii! Kenapa perkara camni boleh berlaku di zaman moden ni? Ayah Pin dari "kerajaan langit nya" pun tak mesyuarat bawah pokok! Mereka pun standard tinggi, inikan pula para ADUN dari Pakatan Rakyat! hmmm Kenapa lah agaknya yer, hanya mereka yang tahu, tapi pada saya Kerajaan Haram PR yang di ketuai oleh NIZAR mengadakan "persidangan tergempar DUN" ala-ala RAJA LAWAK ni hanyalah gimik dan untuk mendapat SIMPATI Rakyat Perak. Kononnya mereka teraniaya dan mengharapkan sokongan Rakyat Perak dan seterusnya mendesak agar ADUN Perak di bubarkan. Itu sahaja pada saya niat mereka membuat jenaka tersebut.

Tidak kah mereka2 ini sedar perbuatan mereka itu telah menimbulkan keadaan tidak stabil di Perak? NIZAR @ PAS sepatutnya TIDAK membiarkan diri mereka "di tunggang" oleh PKR dan DAP. PAS sepatutnya memperjuangakan ISLAM tetapi perbuatan dan tindak tanduk mereka sejak kebelakangan ini TIDAK langsung mengikut lunas-lunas ISLAM! PAS amat mengecewakan! Kalau sebelum ini saya boleh berkata "takpe la, sekurang-kurangnya orang Melayu gak jadi MB" tetapi tidak lagi sekarang, selepas melihat tindakan-tindakan mereka dan kerelaan mereka untuk "di tunggang" oleh DAP dan PKR demi kuasa dunia, saya amat risau jika PAS berjaya memerintah semula PERAK. Nasib orang-orang Melayu akan terpinggir jika Perak di perintah oleh Pakatan Rakyat!

Lihat sahaja lah peristiwa persidangan bawah pokok oleh "Kerajaan Haram Pakatan Rakyat" AMAT MEMALUKAN!! Saya anak jati PERAK terasa AMAT MALU!! atau MALU GILER !! kerana negeri saya menghasilkan pemimpin2 yang giler dan tamakkan kuasa dunia dari membela nasib rakyat! Perjuangan Pakatan Rakyat untuk siapa? Adakah dengan mendemonstrasi sepanjang masa ini adalah untuk rakyat? Adakah menghuru-harakan negeri kami ini untuk rakyat? Adakah PENDERHAKAAN terhadap RAJA kita ini untuk rakyat? Jawabnya semua tindak tanduk anda hanya MENYUSAHKAN RAKYAT PERAK SAHAJA!! Perjuangan anda semua adalah untuk diri anda sendiri! NIZAR berjuang untuk kepentingan diri sendiri.

Tidakkah NIZAR @ PAS dan para penyokong fanatik PR tidak nampak kepincangan di dalam Kerajaan PR selama 10 bulan memerintah negeri ini (Perak)? Adakah anda gembira dengan keputusan2 yang telah di ambil oleh mereka sepanjang tempoh tersebut? Harus di beri PUJIAN kepada 2 anak beranak NGEH dan NGA, kerana sekurang-kurangnya mereka telah MEMPERJUANGKAN BANGSA MEREKA! Tapi adakah NIZAR memperjuangkan bangsa nya? Fikirkan lah.

Saya nasihatkan pada semua pada ADUN Pakatan Rakyat agar bersabarlah, tunggu sahaja pilihanraya umum akan datang, bukan lama sangat lagi pun. Lebih kurang 2 tahun lagi sahaja. Di kala itu, anda semua boleh menunjukkan dan membuktikan kepada semua DUNIA anda mandapat sokongan padu Rakyat Perak atau SEBALIKNYA! Jika anda di pihak yang benar, semuanya akan terlihat nanti, begitu juga sebaliknya. Jadi hati-hati lah dengan tindakan anda sekarang, kami Rakyat Perak sentiasa menilai anda. Semua tindak tanduk anda sekarang akan meninggalkan kesan pada anda sendiri di kemudian hari. Ingatlah, anda di pilih oleh rakyat, rakyat boleh memberi dan rakyat juga boleh mengambil kembali. Title sebagai ADUN itu BUKAN hakmilik kekal seperti tanah yang anda beri kepada orang-orang Cina di KAMPUNG2 BARU tu. Jadi berhati-hati lah. Saya sebagai anak jati Perak mahu ...

  • EKONOMI NEGERI YANG PESAT!
  • KEADAAN YANG AMAN DAN SENTOSA!
  • AGAMA ISLAM DI PERTABATKAN!
  • HAK ORANG MELAYU DI PERTAHANKAN!