Memang betul macam laporan akhbar yang mengatakan kejadian BULI di sekolah begitu sirius sekarang. BUkan sahaja di sekolah mengengah, malah sekolah rendah pun ada kejadian buli. Kolej, Universiti, aku rasa kat mana2 pun ada kejadian buli nih. Masa aku sekolah dulu pun ada kes buli nih. Tapi taklah seteruk sekarang nih. Bukan saja sesama mereka, guru pun di buli pelajar sekarang! Terel giler! Agak nya guru2 sekarang ni kene bawak bodyguard pegi sekolah, tapi silap2 haribulan dengan bodyguard2 guru pun kene lipat gak! hahaha ... bukan suka tapi kekadang heran tul dgn perangai budak2 sekarang nih. Kalau tengok rupa, alahai, jentik pun tumbang, tapi bila ramai2 derang la raja! Mulut jgn cakap la bebudak sekarang, mencarut tak der hal dah sekarang. Tak kira depan org tua ke apa ker. Maklumla RAJA la katakan.
Aku sebagai bapa ni pun risau gak anak aku kat sekolah tuh, tapi rasanya dia tak kene buli kut, sebab badan tegap. Kalau kene buli gak tak tau ler. Pengalaman aku masa antar, ambik anak aku sekolah kalau hisap rokok depan sekolah tuh dah jadi senario biasa. Budak2 tu dah tak segan nak isap rokok depan mak bapak yg dtg jemput anak mereka balik sekolah. Lepas tu pulak gaduh, boleh kata seminggu sekali mesti la budak2 ni gaduh sesama mereka. Kecoh! Nak harap sapa? Pak Guard? Pak guard tu pun risau gak sebab dia sorang2, cikgu? takkan cikgi dari kul 7 pagi mengajar kita nak harapkan mereka jugak jaga anak2 kita selepas sekolah? Jadi siapa?
So usaha Polis akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pelajaran dalam tempoh terdekat bagi membincangkan masalah buli di kalangan pelajar ni memang tepat pada masanya. Maybe terlewat sikit kut sebab bende ni dah lama jadi. Tapi takpe, janji usaha akan di jalankan segera. Aku memang setuju giler pihak polis masuk campur hal nih.
Budak2 sekarang ni bukan boleh kita tegur. Kalau kita tegur, derang melawan balik. Loyar buruk semakin menebal skrg nih kat budak2 kita. Kang kita yang naik angin. Hanya pihak polis yang derang takut. Jadi saya cadangkan agar pihak polis bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mengurangkan kejadian2 seumpama ini. Mungkin pihak polis boleh menyediakan 2 orang polis yang di tugaskan di luar sekolah pada waktu sekolah tamat. Saya percaya dengan ada nyer polis di situ, maka budak2 ini takkan berani untuk membuat kacau dan belagak samseng. Untuk yang di tangkap merokok atau apa2 yang salah tuh, polis berkenaan hanya perlu membawa mereka ke pejabat sekolah, dan biar pihak sekolah ambil alih hal tersebut mungkin dengan menghubungi ibubapa murid berkenaan dan meminta mereka mengambil anak mereka di pejabat. Sekurang2 nya ibubapa murid berkenaan tahu akan sikap anak mereka di sekolah.
Di Ipoh misalnya pernah pihak polis di sini menempatkan 2 orang anggota semasa murid2 keluar sekolah tetapi untuk memastikan murid2 yang membawa motor ke sekolah ada lesen dan memakai topi keledar. Itu pun secara tak langsung aku tak nampak budak isap rokok hari tu. Ini menunjukkan memang cara itu berkesan. Aku tau negara kekurangan anggota polis, tapi buat permulaan, pihak polis boleh melaksanakan cara ini hanya di sekolah2 yang mempunyai rekod tak baik sahaja.
Untuk budak2 yang membuli atau mempunyai masaalah displin di sekolah, pihak polis boleh mengadakan sessi kaunseling antara pihak polis dgn budak2 bermasaalah ini maybe 1 atau 2 minggu sekali. Saya percaya jika mereka tahu nama mereka ada dalam rekod pihak polis, mereka akan berfikir 2 kali untuk melakukan perkara2 yang tak baik. Bukan bertujuan nak menyusahkan pihak polis, tapi mereka2 ini ialah jenarasi yang akan menyambung warisan kita. Jika kita tidak membentuk mereka dari sekarang, nescaya kita akan menghasilkan lebih byk penjenayah2 di masa hadapan. Dan ini akan lebih membuatkan kerja pihak polis bertambah banyak nanti. Untuk guru2 semua, kami amat menghargai pengorbanan anda, jasa anda semua takkan dapat kami balas. Pihak polis juga jangan lupa untuk membela nasib guru2 yang teraniaya oleh perbuatan segelintir murid2 yang tak reti nak menghargai jasa guru mereka!