Pagi ni aku cuma nak ucapkan SELAMAT BERJUANG kepada para calon yang bertanding di 1 kerusi PARLIMEN di Bukit Gantang dan 2 kerusi DUN di Bukit Selambau dan Batang Air. Mari lah tunjukkan ke ikhlasan kepada para pengundi anda. Bekerjalah dengan BERSIH, CEKAP dan AMANAH! Jaga tingkah laku dan budi bahasa anda. Rakyat bukan bodoh dan tuli, kami boleh menilai. Apa yang anda perlu lakukan ialah meyakinkan kami yang anda mampu bekerja dan memajukan kawasan2 anda. Kami bukan mahu pemimpin yang sebukkan kuasa untuk diri sendiri, kami mahu pemimpin yang boleh memimpin kami ke arah kejayaan dan kemakmuran.
Untuk En Ismail Safian yang merupakan Bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, semoga anda berjaya. Ingatlah perjuangan ini bukan perjuangan peribadi atau perjuangan untuk parti, tetapi ini ialah perjuangan untuk rakyat. Ikhlas dalam perjuangan amat penting. Budi bahasa wajib di jaga. Dan bila di beri mandat oleh rakyat nanti, jangan lupa kembalikan kejayaan itu kepada rakyat. Jangan di cemari Barisan Nasional umumnya dan UMNO khasnya dengan politik wang dan pelbagai tektik kotor untuk memenangi pilihanraya ini. Berjuanglah dengan bersih, nescaya rakyat akan dapat menilai anda. Perjuangkanlah hak dan nasib penduduk di sana dengan adil dan saksama. Selamat Berjuang saya ucapkan kepada En Ismail Safian dan seluruh jentera pilihanraya Kawasan Bukit Gantang!
Kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah Datuk S. Ganesan yang menjadi wakil BN di DUN Bukit Selambau pula, perkara yang sama, Datuk bekerja keraslah untuk memastikan rakyat yakin dengan kebolehan Datuk sebagai wakil mereka. Perjuangkan lah hak dan nasib rakyat Bukit Selambau. Seperti yang saya katakan tadi rakyat mahu pemimpin yang boleh membawa kemajuan dan kesejahteraan mereka. Hanya segelintir rakyat yang fanatik sahaja yang terlalu mengikut hati, mereka tidak lagi mahu wakil yang boleh membangunkan kawasan mereka, tetapi mereka mahu wakil rakyat yang memperjuangkan kuasa dan nasib nya sendiri sahaja. Pelik tetapi benar! Jadi pedulikan mereka, yang penting Datuk mesti bekerja keras, turun padang ke semua kawasan Datuk, dan teruskan "turun padang" ini selepas menang nanti! Jangan pulak Turun Padang sebelum pilihanraya je, lepas menang HILANG! Ok Datuk dan semua jentera pilihanraya di sana, SELAMAT BERJUANG!
Malcom Mussen Lamoh, 49, dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah di cadangkan oleh BN Serawak sebagai calon DUN Batang Air dan menunggu kata putus dari Pak Lah. Rasanya tentu lah Pak Lah setuju, hanya BN Serawak yang lebih kenal dengan wakil mereka. Walaupun kawasan tersebut kubu kuat BN tapi jangan memandang remeh dan ambil sikap lewa. Kita masih kene kerja keras untuk memastikan dan mengekalkan keyakinan rakyat kepada BN. Kerja sebagai ahli politik ni tiada masa, 24 7, 365 setahun! Jadi boleh di katakan wakil rakyat ni HAMBA RAKYAT la lebih kurang. Semua hal rakyat yang di wakili kene di ambil tahu dan di tangani segera. Barulah anda akan kekal menjadi wakil di hati rakyat walaupun anda telah tiada nanti. Selamat berjuang juga kepada BN Serawak! Kejayaan akan bersama kita... INSYAALLAH.
Dan Akhir sekali, pesanan saya kepada PARA PENGUNDI di semua kawasan2 yang bertanding, KUASA DI TANGAN ANDA, gunakanlah kuasa itu dengan bijak. BUKA MATA! PASANG TELINGA! Lihat apa terjadi di sekeliling anda. Lihat dengan mata anda bukan dengan video yang memburukan Barisan Nasional yang di taburkan oleh Pakatan Rakyat di YOUTUBE. Mereka tak habis2 nak memalukan negara dan membuatkan pelabur hilang keyakinan terhadap negara kita. Di YOUTUBE yang di tonton oleh seluruh dunia, mereka menunjukkan kononya Malaysia kucai kacir dan tak stabil! Bila pelabur tak melabur di Malaysia, ANDA dan ANAK-ANAK ANDA yang kehilangan punca pendapatan! Mereka bertepuk tangan dengan elaun wakil rakyat dan elaun parlimen! Pakatan Rakyat juga tak habis2 menghuruharakan negara dengan demontrasi jalanan, dengan kekecohan, dengan fitnah2 dengan saman menyaman dan seribu satu macam tetik kotor untuk mengejar impian mereka dan demi kuasa untuk diri mereka sendiri! Anda pilihlah wakil yang macam mana anda mahu. Yang bekerja untuk rakyat atau yang bekerja untuk kuasa diri sendiri. Anda semua bijak dan boleh menilai, jadi pilihlah dengan bijak. Saya juga tak sabar nak tengok keputusannya, sama ada anda mahukan kemajuan dan kesejahteraan atau sebaliknya. Sekali lagi, PILIHLAH DENGAN BIJAK!