STATE OF DENIAL
Pagi ni aku pi la lawat laman blog Pak Nuar, dia post pasal Rakaman Ucapan Anwar Ibrahim Membahas Rancangan Ransangan Ekonomi Ke 2 di Parlimen Malaysia pada 11 Mac 2009. Macam biasa lah, Parti "KEADILAN" Rakyat (PKR) dan YOUTUBE pun tak leh di pisahkan, di sana lah mereka longgokkan pelbagai video "KEKEJAMAN" Kerajaan Barisan Nasional. Di sana lah jugak tempat mereka nak menunjukkan kepada dunia bahawa negara kita di dalam keadaan tak stabil. AGAKNYA PKR rasa itu semua dapat membantu atau cara mereka membantu Rakyat Malaysia mengharungi saat2 kejatuhan ekonomi yang teruk sekarang! Membantu? Membunuh? Lu Pikir La Sendiri!
Berbalik pada rakaman ucapan Pak Nuar di Parlimen tu, aku tertarik gak, sebab dalam ucapan beliau, dia benar2 menampakkan sikap nya yang sebenar. Sikap bermuka2, sikap suka menfitnah dan lain-lain. Pak Nuar mengambil kesempatan untuk melontarkan pelbagai FITNAH terhadap D.S. Najib semasa perbahasan tersebut, padahal perbahasan itu sepatutnya membahaskan Rancangan Ransangan Ekonomi Ke 2. Apa lak la yang cerita pasal BN culik ahli PKR la, menuduh D.S. Najib MERAMPAS KUASA di Perak la dan yang best dia mengatakan Barisan Nasional "IN A STATE OF DENIAL" hehehe, lawak tul Pak Nuar nih, sapa sebenarnya di dalam state of denial tu? Pakatan Rakyat atau BN? Siapa yang tak boleh terima kejatuhan di PERAK? Siapa yang sampai sanggup "CULIK" kereta CAMRY Kerajaan Negeri Perak? Siapa yang kemaruk nak jadi MB sampai sanggup ADUN2 bersidang di bawah pokok?Sapa yang sampai sekarang tak leh terima hakikat yang DIA tak dapat jadi Perdana Menteri Malaysia? Barisan Nasional kut yek? Orang bukan mudah terima segala kata2 kamu Pak Nuar, orang sekarang boleh berfikir. Orang kuat kamu Mr Karpal Sigh sendiri kata "ANWAR IBRAHIM TELAH MENGAKIBAT CUKUP MASAALAH KEPADA NEGARA INI (MALAYSIA)" Dan lagi aku nak ingatkan, Pakatan Rakyat menang sekejap di Perak, menang di Selangor dan Kedah pun sebab MELAYU yang mengundi mengikut perasaan, bukan derang suka wakil korang pun. Masa pilihanraya umum lepas, korang letak sesiapa pun, korang menang, sebab MELAYU terutama ahli UMNO mengundi untuk melepaskan geram ke atas pucuk pimpinan. Tapi pisang tak berbuah 2 kali. Tengok je la nanti masa pilihanraya umum akan datang lak. UMNO akan bersatu kembali dan akan lebih kuat dari sebelumnya selepas D.S. Najib mengambil alih pucuk pimpinan tak lama lagi. Aku tahu ini yang menjadikan kamu gusar tak leh tido malam. Sebab kamu boleh main2 ngan Pak Lah tapi dengan D.S. Najib kamu kecut. Relak Pak Nuar atau selepas kebenaran di serlahkan semasa perbicaraan kes liwat kamu tu nanti, kamu akan DI RELEK KAN.
Last sekali, Pak Nuar aku nasihatkan belajar lah untuk menerima kekalahan dan betulkan dulu sikap kau tu. Kamu kene ajar pemimpin2 kamu untuk lebih mementingkan rakyat dari kerjaya politik mereka. Kamu menjadi satu ikutan buruk untuk pemimpin2 muda kamu. Kamu menggalakkan pengikut2 kamu mendidik anak2 kecil mereka untuk mendemontrasi jalanan! Sudah2 la Pak Nuar, insaflah, dah di takdirkan kamu tak dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia, jangan lah iri hati dengan D.S. Najib pulak. Iri hari dan dendam akan memusnahkan diri kamu sendiri. So ANWAR IBRAHIM, MARI KELUAR DARI "STATE OF DENIAL" !! Jommmmmmmmmm !
BLOGGER MALAYSIA
5 Blogger hebat negara kita di hadap ke mahkamah kerana menghina Sultan Perak. Tahniah kepada pihak berkuasa kerana tegas mengambil tindakan terhadap "BLOGGER" handalan negara nih! Kami harap tindakan tegas ini dapat membendung mereka2 yang mulut celupar dan dengan sedap jari menaip tanpa berfikir terlebih dahulu. Aku pun kekadang terlepas kata, tapi aku tahu gak batasannya. Kalau kita nak mereka2 cerita dalam blog nih, senang je. Macam2 kita boleh tulis. Aku boleh tulis CONTOHNYA, "ANWAR IBRAHIM MINUM ARAK DI DISCO 5 BINTANG" atau "NIK AZIZ MENYEWA TUKANG URUT WANITA DI HOTEL NYA SEMASA BERMESYUARAT DI KUALA LUMPUR" senang je kan nak buat cerita, kita boleh reka cerita yang sedap untuk orang baca. Itu lah yang korang (Blogger Pakatan Rakyat/Anti Barisan Nasional) buat. Korang tulis, menuduh, memfitnah tanpa bukti. Kebayakan tulisan korang berdasarkan apa yang korang dengar atau dari sms yang korang terima atau dari internet sendiri. Sememangnya patut di ambil tindakan.
Kebanyakan Blogger Pakatan Rakyat ini, tidak langsung tahu membataskan penulisan korang. Aku pernah terbaca, korang MAKI Sultan dan Mufti, kalau Sultan korang leh maki, apa lagi rakyat biasa. Korang akan menulis untuk menyakitkan hati, untuk memalukan sesiapa sahaja yang tidak bersependapatan dengan korang. Ish ish ish, camner lak camtu beb. Kamu ada pendapat kamu, kami ada pendapat kami. So kita sama2 menzahirkan pendapat kita masing2, tapi biarlah pendapat tu berlandaskan sedikit fakta. Aku bukan kata aku ni bagus, cuma aku cuba gak sedaya upaya untuk tidak melepasi garisan yang boleh di anggap melampau. Apa pun selamat ber blog. Dan untuk 5 orang yang kene dakwa tu, lain kali jangan buat lagi tau! Tulis ikut sedap jari korang je! Nak tunjuk perasaan pun jangan lah sampai nak MENDERHAKA kat SULTAN PERAK!